Thursday, December 31, 2009

Perjalanan

cerita perjalanan aku
pemegang watak atas pentas lakonan itu
satu demi satu demi satu
aku memulakan langkah menghala tempat yg dituju
dari tangisan bayi, meniarap, aku merangkak, kini aku berjalan
mengexplorasi setiap sudut yang aku tidak tahu kandungan
dari situ aku tahu
perjalanan yang banyak mengajar aku erti kehidupan
pelajaran dan pembelajaran yang aku dapat melalui pengalaman

hadir 2010, meninggalkan aku perjalanan 2009
meninggalkan tak bermakna aku buang
tak bermakna aku lupakan
tidak!!
kerana ia adalah kenangan aku melalui setiap saat dan detik dalam kehidupan
hitam putih, sedih gembira, tangis gelak tertawa, manis masam
macam-macam ada
dalam perjalanan aku

terindah
suatu pertemuan dalam sebuah perhubungan
berkongsi perjalanan kehidupan
melengkapi dan dilengkapi
kadang-kadang aku menerima, kadang-kadang aku memberi
kekuatan yang cuba aku bina, juga aku jaga
bagi memastikan perhubungan kekal hingga ke akhirnya
terindah
indah pada zahirnya, indah pada rohaninya
aku dihargai sebaik-baik manusia
menghargai selagi aku memilikinya
indahnya dia

syukur
aku memanjatkan rasa kesyukuran
di atas pemberian rezeki Tuhan, peluang kehidupan
yang jauh lebih hebat dari aku jangkakan
2009 ~ peluang perjalanan aku ke negara orang
aku bersyukur
perjalanan yang mengajar aku erti terus bersyukur
perjalanan yang mengajar aku erti menghargai
perjalanan yang mengajar aku akan kelebihan perancangan
perjalanan yang mengajar aku erti susah dan senang
perjalanan yang mengajar aku erti pengorbanan
ini cerita perjalanan aku

semoga kehadiran 2010 akan menerus dan memanjangkan segala kenangan indah aku
aku sentiasa mencari intipati perjalanan aku dalam kehidupan
Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hamba-Mu ini dalam
menempuh segala ujian-Mu..Amiin

01 Jan 2010

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan "diri kamu"
ALLAH selamatkan kamu
HapPY BiRtHdaY to you my dear
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
dilimpahkan kebahagiaan berpanjangan dan rahmat yang berkekalan,
diberikan kesihatan yang sempurna
May this 2010 brings happiness to u urself and me
Take care and God Bless you

Saturday, December 19, 2009

MALAYSIA Boleh!!! Boleh!!!

Last Thursday, my parents & i went to my sis's house in Seremban..to avoid traffic jam, we used Elite highway, expected jalan akan sesak sbb orang ramai akan balik bercuti sempena cuti panjang Awal Muharam.."Salam Ma'al Hijrah to Muslimin & Muslimat"..nak dijadikan cerita, on the way to Seremban, berhampiran susur keluar ke Putrajaya, aku terbaca 1 signboard besar MALAYSIA: PUSAT HALAL. dalam diri aku, ada perasaan bercampur baur..bangga + gembira + kelakar + tak masuk akal.. APA yang HALAL?? APA yang kau HALALkan?? KENAPA kau HALALkan?? BAGAIMANA kawalan HALAL?? lu fikirlah sendiri labuuuu

Saturday, November 28, 2009

Cek Mek McDonald

it was happened at McDonald, KL central..oleh kerana berasa lapar dan penat menunggu train yang bermasalah, aku g la makan McDonald seorang diri..Q di kaunter panjang, masing2 nak makan, melantak dan melepaskan geram kerana train yang tak pernah ada penambahbaikan..turn aku tok order hampir tiba. depan aku remaja perempuan yang telah amek order

remaja perempuan : nak tambah order boleh
cashier : tak boleh
cashier A : asal ko tak nak buat??
cashier : malas r aku..nnti selalu punch, nama aku yang naik..x pasal2!!
cashier B : malas r dia ni
cashier : aku pedulik apa, korang apasal

ni la yang berlaku di depan mata aku & remaja perempuan tuh..remaja perempuan hanya mampu terpinga-pinga..mulut aku nak sound dah tapi....sabar...sabar..now my turn

aku : having here, spicy chicken mcdeluxe 1 set medium
cahsier : any additional
aku : nops..could i change the drink to fresh orange??
cashier : sorry, kat sini xde fresh orange, jus oren ada la

aku rasa macam nak maki jer budak ni, i think she's a new staff and could be bdk lepasan SPM..tapi jgn la gelabah sgt beb..aku tak jengkel kerana kau perempuan tomboi tapi aku jengkel sebb service level yang kau bagi kat customer....

Friday, November 13, 2009

perHATIan dan pemerHATIan

perkara yang sama berlaku 2 kali 2 hari berturut2, semalam dan hari ni..berlaku di dalam train KTM dari pelabuhan klang ke sentul, cahaya mentari pagi pembuka rezeki untuk kita semua..aku dalam perjalanan ke ofis, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja.biasa la, dalam keadaan sesak dan terdesak, manusia akan hilang pertimbangan, rasa mementingkan diri adalah yang terbaik untuk menyelamatkan diri sendiri..kepentinagn diri perlu diutamakan.tolak!!tolak!!tolak!!masuk dalam lagi!!dalam lagi!!

Biasanya, kalau penumpang tak ramai aku lebih suka bersandar kat pintu..boleh pandang depan, kiri dan kanan..more than 2years aku bergantung hidup pada train ni tok g keje.makna kata aku leh kenal dan cam orang dalam train ni..mata aku terpandang la seorang pompuan berbaju kebaya biru (uniform KTM), khusyuk membaca novel, sambil berdiri..cerita cinta gamaknya.sebelahnya seorang lelaki sedang mendengar lagu..dari gaya mereka dan dari pemerhatian aku, mereka mengharapkan 2 orang yang duduk di depan mereka akan keluar di station seterusnya..tepat!!2 orang tue turun di station shah alam..rezeki tok pompuan dan lelaki tu, dapat la seat..lebih selesa nak baca novel dan berdendang sayang..

Sampai di station batu tiga,next station after shah alam lagi ramai penumpang berpusu-pusu masuk ke dalam train, termasuk seorang perempuan yang sarat mengandung..aku rasa dalam 6 bulan lebih..aku rasa!!normally ada orang yang bagi immediate respond tok memberi seat to whom in need..tp 2 hari ni lain.tapi ramai yang berdiri memandang ke arah perempuan mengandung ni, bermaksud dia sangat memerlukan seat.tapi yang duduk, terus duduk seperti tidak bernyawa..sepatutnya mereka yang duduk pon boleh nampak, sebab pragnent women tu berdiri hanya jarak selangkah dari seat2 yang ada..peliknya, yang baru tadi rancak membaca novel cinta dan berdendang sayang pun dah layu di buai mimpi..sama ada tidur betul atau berpura2, hanya diri mereka yang tahu..

p/s: berpada2 la kat dunia ni..wasatiah!!

Sunday, November 8, 2009

...keRINDUan...





PAK CU MISS U ALL SO MUCH!!!
MUUUAAHH ;o)

Wednesday, November 4, 2009

GiGi oh GiGi




Kadang-kadang tanpa kita sedari, sebenarnya ada orang yang cuba menilai dan memerhati kita, sama ada dari segi penampilan, gerak tingkah laku, pakaian, penjagaan diri dan sebagainya. Kita akan jadi kurang selesa bila diri kita menjadi buah mulut orang lain..am i right??even kita akan jadi marah walaupon hakikat sebenarnya mereka sedang memuji diri kita. Tidak dinafikan dalam berkawan, mencari sahabat, mencari teman hidup perkara ini kita perlu diambil kira. Everything is possible in this world..

Cerita lain, tidak jauh dari diri aku..ada juga antara kita yang menilai sebahagian daripada anggota pasangan dalam memiliki CINTA.betul la..ramai lelaki yang pandai menilai paras susuk tubuh perempuan, lenggok gaya jalannya, sebaliknya ramai perempuan yang pandai menilai bentuk susuk tubuh lelaki, sama ada lelaki itu maskulin atau pon tidak. Dan pernah juga kita dengar ada yang menilai bentuk hidung, jenis mata, bentuk telinga, bentuk GiGi dan sebagainya. Jujurnya aku suka kalau yang hidung tinggi (bukan sombong ye) dan bulu mata yang melintik. Aduh,manisnya. haha (''.)(,") Maka sebab itu, kita kena jaga kebersihan semua tue agar ia terus berharga dan dihargai..hehe ;o)

Last Friday, i went to Dental AU Surgery, Sri Petaling. Suggested by En ZA. Ini adalah pertama kali di atas kerelaan diri sendiri, aku membawa diri utk membuat pemeriksaan GiGi. Be frank, aku memang kurang berani untuk berhadapan dengan doktor-doktor kat dunia ni. Ada sejarahnya kan mak ayah..haha. Pemeriksaan dikendalikan oleh Dr Seow, nice man and very particular and structured person. Started with checked my teeth, the doc said i have a beautiful teeth (the doc said not me)..GiGi tersusun rapi, BUT......

1) When your last scaling??ermm this is my 1st time doc
2) All baby teeth are facing their own prob..aduhh..When i was studying at UKM, aku dah cabut satu GiGi bongsu VIA MINOR OPERATION..berhari-hari la aku tunggu nak baik..sehinggakan doc adviced nak cepat baik telan darah tuh..huhuhu
3) Gusi jatuh ke bawah disebabkan gosok GiGi terlalu kuat. Gusi yang jatuh tidak boleh naik semula. Maka, perlu berhati-hati. Gusi yang jatuh akan menyebabkan akar GiGi dan tulang gusi terdedah. Akibatnya, tulang gusi tidak kuat untuk menampung GiGi. So, start from now, brush your teeth in a proper way
4) GiGi berlubang, but not so bad.

The consultation was very good. Its normal, you have to pay more to get a better service. Go to 2nd stage, did scaling. Ada yang cuba menakutkan aku, katanya gusi akan berdarah, rasa sakit yang amat sangat tapi hakikatnya aku berjaya berurusan dengan baik. Scaling process, it took about 1 hour. Al-maklum la, for the 1st time. Doctor kept clean even in between of each teeth, aku rasa macam renggang GiGi-GiGi aku ni..haha..no worries, its normal. Seriously, i felt different in my mouth. That's new. Last stage, doctor was filling GiGi yang berlubang. Only one. I requested for white cement, as per suggested by En ZA. The doc said, jika lubang GiGi terlalu dalam adalah tidak elok menggunakan simen putih sebaliknya guna simen gray (kelabu). Selepas selesai semua kerja pembersihan gigi, the doc taught me how to keep clean our teeth via use floss. Disebabkan janggal dan tidak pernah menggunakannya, aku berasa sangat complecated and not user friendly. Alah bisa, tegal biasa..Anyway thanks to En ZA for suggesting this clinic, to doctor & crews for your good service and also to MAYBANK for providing this benefit.. Kini, GiGi ku cantik.. S.M.I.L.E..




Thursday, September 3, 2009

WE love TEPPANYAKI


This is my 1st time enjoy a such great meals at TEPPANYAKI..i have planned before for getting sensation of meals here but keadaan yang tidak mengizinkan.finally we went to TEPPANYAKI, MidVel last Wednesday for our break fasting..1st time ni..i was excited and i felt like in Japan =) i made a reservation 1st because restaurant was full. biasa la, bulan Ramadhan ni la kita nak rasa kelainan dan kemeriahan berbuka puasa..Fortunately, we're lucky to get our seats and we were last..after kitorang semua terlepas..kalo nak gak, lepas berbuka..pity



With me, En ZA..we had take our break fast together..Thanks dear for the treat..kitorang makan berdua tapi macam berempat yer..macam mana tuh??hehe..makan sampai muntah, melekat katanya (^.*) the menus consist of : TEPPANYAKI Chicken, TEPPANYAKI CuttleFish, sup sayur (i forget the Japanese name), snow (ABC), lemon tea..the snow was really nice taste and got beautiful touched.


We got special seats..betul2 depan dapur..kalo rasa lapar sgt, boleh jer masak sendiri..hehe..so, during waiting time, we just looked at up the chef..control macho ni masak beef, chicken, etc..the good thing, the chef wear mask, shows that they are really concern about clean and health and customer satisfaction..since this is Japanese foods, what do you aspect if the food tasteless (for malaysian co-), saltless??hehe..nasib baik we are creative persons..haha..we add in ketchup, sos to our meals..wow!!wonderful ;o) sedap sedap sedap



This mine!!TEPPANYAKI Chicken..yum yum yum..sharing is caring, caring is loving..no harm we share



**burrPP..we were full..Alhamdulillah, Thanks God for giving me all the rezeki..we were finish after 1 and half hour..seriously, we enjoy the food..wish to come again.hahaha.."makan untuk hidup"..so, after finished our break fasting, we went around MidVel..meriah2!!HARI RAYA AKAN TIBA.....lalalalalala

Monday, August 31, 2009

Sunday, August 30, 2009

i hate THIS!!!



tak sampai sebulan
hitam kembali hitam
putih diselubungi kelam
siang hilang berterusan malam


aku rasa diperbodohkan
aku rasa dipermainkan
apa tujuan dengan kejelasan yang aku rasa alasan
sebab pandai menjaga rahsia, rahsia juga kau jadikan aku
percaturan yang baik
penceritaan yang sempurna
namun, adakah kau rasa perjalanannya seiring dan sekata
tidak!!


sebab percaya aku bagi
tapi kau buang
apa yang cuba kau lakukan
apa yang nak kau jelaskan
apa yang nak kau terangkan
dan apa yang kau nak aku faham???
inilah perkongsian kau!!
kau rasa aku menggangu???
tidak aku diberitahu
kau rasa aku bukan pilihan???
tidak juga aku dikhabarkan
soalan aku, apa yang cuba kau mainkan...


ye!! aku tak sama dengan yang dulu
aku tak sama macam yang lain
aku rasa apa yang aku rasa
aku faham apa yang aku fahami
permainan dan diperbodohkan
atau mugkin senda gurauan


terima kasih sebab mengajar aku tentang kehidupan
kau mengajar aku erti mengerti dan percaya
tidak semua kata-kata dan bicara
harus aku telan
bisa dengar percaya jangan
sekiranya esok ada untuk kita
aku akur wujud permulaan semula
rentaknya mungkin serupa
melodinya akan berbeza
suara dan nadanya tidak akan sama
aku lari dari belenggu
menangis aku sendiri

Happy Birthday Augustian


HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..success in your life.God Bless you..Amiin..I wish for every candle of cake will bring you a wonderfull surprise.May all your wishes come true ;o) Special dedication for :

ME, MYself & I

Ahmad Faris Sufi

Nana

Azizul Azdi

ma brother in law,Abg Syah

Kak Siti (admin TPC)

Rozyani Ali

Abg ART-Touch

Farol Hadi

Faizul Surani (Sabitah)

Badrul Poniran (Odah)

Izul

Jash

Kak Faiezah TPC

Monday, July 20, 2009

KAWAN & CINTA

kawan : aku dulu
cinta : aku dulu
kawan : aku kenal dia dulu sebelum ko kenal dia
cinta : aku kenal dia lebih dari ko kenal dia
kawan : dia kawan aku
cinta : dia cinta aku
cinta : dia pilih aku, aku milik dia
kawan : aku kenal baik buruk dia
cinta : aku terima baik buruk dia
kawan : aku terima dia seadaanya
cinta : aku juga, aku nak dia jadi yang terbaik utk aku
kawan : dia manusia biasa, yang tidak sempurna
cinta : dia cukup baik, sempurna di mata aku
kawan : keburukan dia??
cinta : aku lengkapkan sebagai kebaikan dia
kawan : kebaikan dia??
cinta : aku lengkapkan sebagai kebaikan aku
kawan : aku tempat dia mengadu
cinta : dia tempat aku mengadu, aku tempat dia mengadu
kawan : aku faham dia
cinta : aku faham dia
kawan : dia kawan aku
cinta : dia cinta aku, kekasih aku
kawan : kenapa kau tak terima aku sebagai kawan dia?
cinta : aku terima
kawan : kau terima baik buruk aku sebagai kawan dia?
cinta : aku terima
cinta : aku terima
kawan : aku tak pernah marah dia sebab aku faham dia
cinta : aku marah dia sebab sayang dia..aku cinta dia
kawan : hati dia?
cinta : hati aku?
kawan : aku tak pernah merajuk kerana dia
cinta : aku merajuk kerana cinta
kawan : sekarang dia sepikan diri, kau tahu?
cinta : aku tahu lebih dari kau tahu
kawan : kau ego
cinta : kau ego..dia pun ego
kawan : dia kata dia tengah sedih...
cinta : itu adalah dia..

Sunday, June 28, 2009

semoga ALLAH memberkatimu, AYAH..muuahh


21 Jun, adalah tarikh keramat bagi golongan kaum Adam yang bergelar BAPA..sama seperti sambutan hari ibu, bagi aku secara peribadi setiap hari, 365 hari dalam setahun adalah hari-hari untuk mereka, yang mana saya dan kita perlu mendahului mereka lebih dari segalanya, even kerjaya..tiada siapa yang dapat gantikan tempat ayah dan emak dalam diri aku..cuma pada tarikh ini, ia diambil sebagai ulang tahun penghargaan untuk diri mereka..SELAMAT HARI BAPA, my beloved dad, Adanan bin Malik..serba sedikit tentang ayah, seorang perantau muda dulunya, belajar hidup berdikari pada usia yang sangat muda, berhijrah dari Perak turun ke Selangor..mengikut tunjuk ajar dari pak cik2 nya, ayah memulakan kerjaya..hidup di laut, hidup di sungai, hidup di darat sudah menjadi lumrah pusing ganti kehidupan untuk dirinya..aku percaya dan yakin ayah mempunyai wawasan yang cukup tinggi untuk masa depan dirinya..dari satu kerjaya ke satu kerjaya ayah mencuba nasib, mencari rezeki yang terbaik. antara pekerjaan ayah adalah membaiki kapal, membaiki railway station, pelabuhan (hidup dengan kontena), pemandu lori dan kerjaya terakhir ayah bersama emak adalah usahawan, berniaga..semua ini adalah rezeki yang Allah bagi kepada hambanya..


Sebab itu, sejak kecil ayah dan emak mengajar kami adik beradik erti kesusahan..supaya kita tak lupa diri bila mencapai kesenangan..aku tidak bohong, hidup kami sekeluarga dulu memang jauh berbeza dengan sekarang..kadang-kadang ayah menjadi marah bila anak-anak meminta unnecessary things seperti mainan dan barang2 yang terlalu mahal..sebab keadaan masa itu yang tidak mengizinkan. ayah dulunya sangat garang, tidak seorang daripada kami adik beradik terlepas daripada "belaian kasih sayang ayah" dengan rotan, getah paip dan pokok kerengga..bunyinya amat memedihkan tapi sekarang aku yakin, dengan kasih sayang inilah hasilnya akak menjadi seorang guru sek men, abang berjaya dalam urusan perniagaannya, kak ana berjaya dalam bidang usahawan dan dalam masa yag sama bekerja di sektor kerajaan menguruskan akaun, dan aku bekerjaya dalam industri perbankan..Terima kasih yang tidak terhingga untuk mak dan ayah dalam mendidik anak2mu sehingga berjaya. Sekarang emak dan ayah adalah tempat cucu-cucu mendapat kasih sayang, cucu-cucu yang sgt manja dengan opah dan atok


Ada perkara yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran aku..kata sipulan raut wajah ayah nampak tua berbanding usianya, dibandingkan dengan diri sipulan ni, yang kerja ofis, duduk depan PC, mengomel sana sini..aku berang kerana raut wajah ayah menjadi isu dan penilaian..aku hanya menjawab "dulu ayah saya bekerja buruh kasar, xmacam awak duduk dalam ofis..tp sekarang saya percaya kalau mntak angkat air 15 liter, ayah saya lebih mampu berbanding diri awak!!" secara sinis aku jelaskan pada diri sipulan..apa yang penting dalam hidup aku , ayah adalah HERO untuk kami ber4 adik beradik..apa yang perlu aku lihat adalah perubahan hidup yang telah ayah lalui dari dulu aku kecil sampai sekarang aku berumur 24 tahun..semua ini adalah kejayaan ayah dan emak untuk mengharumkan nama keluarga, mendidik anak2 menjadi insan yang cukup bermakna untuk keluarga..


Sambutan hari bapa kali ini, aku bawa mak dan ayah makan kat Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang..seronok dan bahagia aku ngok mak dan ayah makan, sampai kenyang..malam tu aku hidangkan ikan siakap tiga rasa, tomyam ayam, sotong goreng, air buah dan lain-lain..Ayah dan Emak, adik mewakili akak, abang dan kak ana memohon ampun dan maaf sekiranya kami pernah mengguris hati emak dan ayah, kami mohon dihalalkan segala curahan kasih dan sayang, makan dan minum selamanya..mohon restu dan doa emak dan ayah untuk perjalanan hidup anak-anakmu ini..semoga ALLAH memberkati dan merahmati perjalanan hidup emak ayah dunia dan akhirat.amiin..I LOVE YOU SO MUCH

Wednesday, June 17, 2009

haPPy biRtHdaY - 13 June



ALLAH selamatkan KAMU
ALLAH selamatkan KAMU
ALLAH selamatkan NAJIHAH
ALLAH selamatkan KAMU
haPPy BirtHdaY to YoU
HaPPy BirTHdaY to YoU
HaPPy BirTHday to NAJIHAH
HappY BirtHdaY tO YoU

Thursday, June 11, 2009

Lawan dan Kawan

aku rasa ko dan aku baik..kita boleh berkongsi cerita apa saja, xla sampai hal2 dalaman dan rumah tangga ko..kita boleh berkongsi segala cerita berkaitan isu semasa, hiburan, keluarga, dan sekeliling kita..kita boleh kongsi gelak dan tertawa..kita boleh kongsi gosip dan rahsia..
DULU....aku akan cerita tntg rancangan aku yang pelbagai dan yang tlh dirancang rapi..tak kisah pon berkongsi cerita dan pengalaman..TAPI aku tak sangka, masa aku berhajat utk melakukan sesuatu, dan ko pon tau..lalu ko mengambil tindakan utk blocking rancangan aku..aku mmg terkejot..terkejot berok!!tapi aku tak kisah..ini adalah pengalaman yang mengajar aku tentang kehidupan..walaupon pahit utk aku terima keadaan tu pada masa tersebut..segalanya berlalu begitu sahaja..namun ia kekal di dalam ingatan aku
SEKARANG...jiran baik ko cuba berburuk sangka dengan tindakan ko beberapa hari lalu..ko tak suka..kalo aku pon, aku tak suka..tapi mulut manusia sape boleh tutup??!!seperti biasa aku menjadi pendengar setia ko..ko tak puas hati dan sedikit emosi..sikit ke?!haha..gerak mulut dan nafas ko, aku tau ko terlalu marah..aku terus mendengar..aku yang lagaknya baik (wah, masuk bakul angkat sendiri) beri la pandangan dan nasihat.."perkara camtu boleh diabaikan begitu sahaja, ko pon tau kawan ko tu suka cerita pasal orang lain tak tentu pasal and bla bla bla" setelah berpuas hati dengan pandangan aku, ko pon kelihatan semakin tenang dan cool..ko ucap terima kasih kat aku..sama-sama..yang paling aku ingat ko cakap sekuat hati AKU LA KAWAN KO..
aku ucap terima kasih kat ko sebab menerima aku sebagai seorang kawan..walaupon dulu ko pernah menikam aku drpd belakang..pesanan utk diri aku: manusia mmg cepat lupa dan leka dengan kehidupan dunia..berhati-hati dalam berbuat baik sesama manusia..ini adalah pentas lakonan kita..aku perlu berterima kasih kepada pengalaman yang banyak memberi aku tunjuk ajar dalam menjalani kehidupan seharian..

Monday, June 8, 2009

Kawen...Kawen...Kawen...


Musim cuti sekolah sedang berlangsung..seminggu telah berlalu..masa ini lah yang dinanti2 oleh budak sekolah termasuk diri aku (pada zaman dulu) dan kengkawan aku yang kini bergelar guru..hehehe..pada musim cuti sekolah ini juga banyak keluarga mengambil kesempatan utk membawa anak pinak bercuti, katanya ini je masa yang boleh diluang bersama keluarga..masa ni jugak aku akan jadi sesak nafas sebab tak dapat cuti, alasannya aku ada anak ke?ada family ke?aku ada jawapan aku sendiri..it's ok, my career juz begun..beside gain the knowledge about my work & my job, aku akan belajar segala pengalaman di tempat kerja..pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan..ok, just leave it..

Pada musim ni juga,mereka yang nak mendirikan rumah tangga mengambil peluang memilih tarik perkahwinan..alasannya supaya saudara mara yang jauh dapat turut serta meraikan hari yang penuh bermakna..aku setuju!!sebab before this adik beradik aku semua pilih tarikh pada musim cuti sekolah..semua dah selesai and coming soon, my turn..kah kah kah..tunggu je la korang..so, i just wanna share my story, cuti sekolah kali ni je aku dah terima hampir 8 jemputan..mmg meriah dapat makan nasi minyak kawan-kawan aku kan..temasuk la kawan sek men dulu, ofismate, ahli kelurga member2 aku..loteh nak bawa perut ni..hehe..macam biasa adat orang melayu, "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA"..so, faham-faham la bila nak balik & salam parents kawan kita tue..

Kepada kengkawan yang ingin dah telah mendirikan rumah tangga pada musim ni, aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kesempurnaan kehidupan korang..jaga pasangan hidup korang sebaik mungkin..perkahwinan itu suatu yang sangat suci dan jangan lah korang merosakkan kesucian tersebut..semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat..mendapat limpahan rezeki , kebahagiaan yang sempurna..May God bless all of you ;o)

Tuesday, June 2, 2009

MaK YoNG "TiTi$ SaKTi"

starting from today till 7 June 2009, akan berlangsung teater musikal MAK YONG "TITIS SAKTI" di KLPac (Kuala Lumpur Performance Art Centre). InsyaAllah, jika tiada halangan, aku adalah antara yang turut hadir bagi menyaksikan teater ini..hadir bukan sebagai VIP atau VVIP tapi sebagai peminat dunia seni teater..before this i watched PGL2, teater Ibu Zain, Mahsuri, Sirah Junjungan, Mimpi, dan lain-lain..terlalu banyak perbezaan rasa hati dan perasaan bila dibandingkan antara menonton teater dan wayang..trust me, korang akan berasa puas + seronok bila menonton teater because it's live!! to all my friends, jangan ketinggalan untuk menyaksikan teater MAK YONG " TITIS SAKTI"..



MAK YONG "TITIS SAKTI" is uniquely Malaysian traditional form of dance drama.Inspired by Shakespeare’s A Midsummer Night’s Dream, snippets of the love stories have been adapted for Mak Yong.It's basically a light-hearted romance comedy. Three couples faced with three different predicaments. And because supernatural powers & fairy tales exist in a Mak Yong performance, the magical Bunga Sakti comes into play & this sets of a series of unpredictable events.
aku penCiNTA senI

Tuesday, May 19, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY '09





tercatat di dalam diari aku 11 MEI adalah hari yang cukup bermakna bagi mereka yang bergelar wanita dan IBU..hari untuk kita meraikan dan menghargai pengorbanan IBU yang selama ini mengandung, melahir dan membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna..BETUL!! bagi aku SETIAP HARI adalah HARI IBU dan BAPA kita..bercerita tentang ibu, aku panggil ibu aku EMAK..mengikut sejarah dan penceritaan emak, hidupnya dulu jauh berbeza dengan sekarang..EMAK bersyukur kepada ALLAH di atas limpahan rezeki yang telah di berikan, kebahagiaan yang telah dikurniakan..daripada sebagai pekerja kilang, mak terpaksa berhenti kerana sering kali cuti disebabkan anak-anaknya tidak sihat..EMAK sangat berani dan tabah dalam menghadapi tindakan majikan kerana bagi EMAK anak-anak adalah segalanya di dunia dan di akhirat.ini adalah dugaan EMAK dan AYAH dalam mmbesarkan anak-anak kesayangan mereka..dari satu majikan ke satu majikan mak berhijrah sebagai operator kilang..kalau tak silap dalam 7 syarikat..untuk mencari rezeki, memberi makan minum, pelajaran kepada anak-anak EMAK terpaksa mengerah tenaga, mengayuh basikal ke kilang, about 30km..dalam perancangan memulakan kerjaya baru, EMAK dan AYAH berhadapan dengan sedikit masalah untuk mendapatkan modal..usaha ke kanan tak berjaya, usaha ke kiri tak berjaya..akhirnya ALLAH telah membuka ruang untuk EMAK dan AYAH memulakan kerjaya sebagai ahli perniagaan kecil di pasar malam..EMAK selalu berpesan kpd anak-anaknya.."kita kena berusaha bersungguh-sungguh utk diri sendiri, keluarga terutamanya..dalam kita senang, ramai yang akan menjadi kawan..dalam kita susah, ramai akan menjadi lawan.." dan EMAK selalu cakap "tiada harta yang mampu EMAK berikan melainkan memberi didikan, hantar anak ke sekolah..belajar sungguh dan gunakan ilmu yang ada sebaiknya" AKU BANGGA dengan EMAK dan AYAH..perniagaan mereka kekal panjang hampir 15 tahun..murah rezeki yang ALLAH turunkan..dengan titik peluh dan keringat ini, Alhamdulillah semua anaknya mendapat didikan yang sempurna, dibesarkan dalam keadaan yang baik, kini semua berjaya dalam bidang masing-masing..aku yakin, kini EMAK dan AYAH terlalu BANGGA dan GEMBIRA serta BAHAGIA dengan apa yang diperoleh kini..sebab itu, kalau pergi ke rumah saudara, balik kampung, EMAK dan AYAH mengharap anak-anaknya ikut sama..sinar keBAHAGIAan itu terpancar dari raut wajah EMAK..


"EMAK dan AYAH, adik mewakili anak-anak yang lain, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhitung nilainya, di atas pengorbanan EMAK dan AYAH dalam membesarkan kami ber4, sehingga menjadi insan yang berguna utk diri sendiri dan kelurga kita terutamanya..pengobanan EMAK dan AYAH tidak mampu untuk kami balas dan nilainya terlalu tinggi dibandingkan gunung, limpahan kasih sayang terlalu luas dibandingkan lautan pantai..semoga ALLAH memberkati kehidupan EMAK dan AYAH, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak..EMAK dan AYAH adalah insan yang paling sempurna di mata kami..kami juga memohon restu dan doa EMAK dan AYAH dalam apa jua bidang yang kami ceburi..sesungguhnya RESTU, BERKAT dan DOA EMAK AYAH amat kami perlukan..YA ALLAH, semoga kau penuhi hajat EMAK dan AYAHku..." I LOVE YOU SO MUCH EMAK AYAH..mmmuuuaahhh --'--,<@

pada kali ini, aku bawa EMAK dan AYAH makan kat d'curve, tempat yang cukup jauh dari hidup EMAH dan AYAH..namun bagi aku, ia terlalu istimewa untuk mereka..kitorang makan kat WARONG AYAM PENYEK, indonesian foods..EMAK dan AYAH makan dalam keadaan yang selera, Alhamdulillah..

Tuesday, May 5, 2009

ISTANA BUDAYA = pasar malam??

korang jangan salah anggap dengan entry aku kali ni..aku bukan nak perkecilkan ISTANA BUDAYA (IB) yang aku sanjung, meletakkan ia sama taraf dengan pasar malam, pasar borong selayang dan sebagainya..BUT i juz cannot understand for those yang berhajat untuk menonton teater di IB without PROPER ATTIRE..i cannot accept it..bahkan lepas masuk ke dalam panggung..camne tuh?aku rasa peminat-peminat teater ni tau, IB adalah tempat yang berprestij dan mmpunyai etika berpakaian bila mana mahu menonton sebarang teater yang bakal ditayang..tapi mungkin nak bergaya tak ikut tempat, ambil acoh tak acoh, malas, tak pon mmg tak faham bahasa..segalanya mungkin..guys, korang suma dah besar panjang..tak kan la nak kena ajar, tegur segala baru korang nak faham..


aku candid je sgla gambar-gambar ni..tak berani aku nak interview diorang.gila agaknya..haha..pic above, mamat ni pakai baju tak berkolar..aku ingankan dia ada bawa jacket ke, blazer ke..blh r terima..tup tup lenggang kangkung masuk panggung mcm tu je la..aku rasa mcm g tengok wayang jer..
yang pompuan-pompuan ni pulak, aku rasa pakaian diorang dah cukup cantik ngan gaun masing-masing..fesyen anak muda masa kini la..yer la nak masuk ISTANA BUDAYA yang berprestij kan..dah cantik kat atas, bawah pulak yang bermasalah..kaki la buat hal..adik-adik comei ni pakai sandle nak menunjukkan jari jemari kaki yang cantik dgn kuku-kuku yang berwarna warni..adik macam nak g shopping mall la..heheh ;D nak cari nugget, maggie, milo 3 in 1 ye..
macam nak g lepak kat tasik titiwangsa pon ada..pasangan couple ni ingat nak dating kat panggung wayang, Midvel tapi TERpegi ke panggung teater, ISTANA BUDAYA lagi..mmg class korang..nampak mmg smart, look nice..tapi bila memikirkan tentang etika berpakaian untuk menonton sebarang acara di ISTANA BUDAYA, aku berpandangan ini bukan la pakaian yang sepatutnya..jeans!!tapi aku tak menafikan, berkali-kali aku g menonton teater di IB makhluk Allah yang berpakaian jeans mesti wujud..mungkin staf yang jaga pun dah tak larat nak tegur..

WALAU BAGAIMANAPUN....

I'M PROUD TO BE MALAYSIAN..dalam keadaan wujud sedikit kesilapan, namun warga negara MALAYSIA tidak lupa pada adab dan tata hormat untuk memasuki panggung teater..orang tua kita sering berpesan, nak masuk rumah orang beri salam..begini la keadaannya..tak la macam naik bas mini, berebut-rebut..bertolak-tolak dalam kesesakan..dalam ketenangan membuat barisan, mengambil ruang tempat duduk masing-masing..njoy da teater ;o)
aku penCINTA seni




Friday, May 1, 2009

TAHNIAH kepada pengundi TOMOK

bukan aku xnak wish congrate to peminat tomok, tapi...kalo korang sekadar minat je tapi xundi apakah jadahnyer...ceh, cakap lebih (aku ni mcm undi jerh!!) hahah..even moral support je, belum ada jaminan dia akan stay sampai grand final ONE IN A MILLION (OIAM) semalam..TAHNIAH aku ucapkan kepada para pengundi TOMOK sebab merialisasikan impian dia untuk memiliki RM 1million sekaligus mencatat rekod sebagai juara lelaki pertama OIAM..tahniah2!!!aku tau ko rasa gembira dan bangga..im happy for you..aku tak nafikan, performance dia semalam adalah yang terbaik berbanding 2 orang yang lain..syafinaz & paul sendiri memilih dia sebagai juara pada malam td..finally, it came true..

walau bagaimanapun, aku merasakan tomok perlu lagi belajar untuk menjadi artis yang lebih versetile, lebih2 lagi setelah memiliki RM 1million tu..means flexible dalam pembawaan perlbagai genre muzik..kalo diperhatikan, gayanya semasa mmbuat persembahan ada iras-iras faizal tahir..ntah la, itu pandangan aku jerh..sebab melalui pemehatian aku, sepanjang OIAM musim ni, amylea adalah peserta yang terbaik dan consistant + versetile + vogue dalam menyampaikan persembahannya..tapi tue la, rezeki tidak myebelahi dia..(aku ni cakap je banyak, undi tak) ada aku kesah?!!tapi biasa la di Malaysia, pengundi kebanyakannya adalah dikalangan kaum wanita, tidak mungkin diorang nak undi kaum sejenis sedangkan ada juga lelaki yang hebat dan ada rupa macam TOMOK..katanya!!

TAHNIAH TOMOK!!kiranya tomok ni mmg hebat la dibandingkan amylea & pija (dikalangan artis) OIAM musim ni jugak telah mncatat sejarah dimana artis yang menjadi peserta dalam rancangan realiti telah terpilih menjadi juara iaitu TOMOK..jika dilihat pada musim yang lalu, dayang nurfaizah dan siti sarah pun tersingkir pada minggu2 terakhir sebelum grand final..tapi tu la, pepatah melayu berbunyi "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu" berbaloi keluarga buat invesmnt hantar SMS beribu riban..kira berhasil la jugak, kalau sebaliknya...non adooo..lepas ni kita tunggu pulak SIAPA JUARA AF 7??


SENI itu INDAH

apa itu CINTA??

CINTA itu bukan sekadar kata-kata
CINTA itu bukan hanya indah pada bibir semata
CINTA itu ungkapan yang perlu dizahirkan
CINTA itu permainan perasaan
CINTA itu suatu pembuktian kasih dan sayang
CINTA itu perkongsian hati dua insan
CINTA itu perkongsian dua jiwa menjadi satu
CINTA itu indah

namun, CINTA itu memerlukan pengorbanan
CINTA itu memerlukan persefahaman
CINTA itu memerlukan sokongan
CINTA itu saling melengkapi antara dua insan
CINTA itu memberi dan menerima
CINTA itu memerluakan kekuatan
CINTA itu saling percaya mempercayai
CINTA itu membahagiakan

terkadang, CINTA itu mengerikan
penyiksaan dalam kehidupan
CINTA itu membutakan
CINTA itu menulikan
CINTA itu menyesakkan
CINTA itu suatu muslihat
CINTA itu suatu prasangka
CINTA itu penuh agenda

walau apa pun erti CINTA
aku yakin dan percaya
ke mana saja kakiku melangkah
di situ ku bawa CINTA bersama
kerna CINTA itu suatu keperluan
CINTA itu suatu kesempurnaan

Monday, April 27, 2009

Al-Fatihah

25 April 09, sabtu, 3.00 am - kembalinya atok ke pangkuan pemiliknya, Allah s.w.t, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..bukti kasih sayang Allah kepada hambanya, dipanjangkan umur sehingga mencecah lebih 81 tahun..aku bagaimana??mati ini akan tiba pada bila-bila masa tanpa diketahuai oleh sesiapa hambanya..pemergian atok meninggalkan jutaan kenangan, sehingga kan cicit nya (anak buah aku) menitiskan air mata, sebab dia tahu, oyang selalu bagi sweet kat diorang, tiada lagi selepas ini..Alhamdulillah, syukur kepada Allah, pengurusan jenazah berjalan dgn lancar, tidak lebih dari 2 jam..orang ramai yang hadir, mmberikan penghormatan kali terakhir..atok dah menetap kat kawasan perumahan ni lebih daripada 40thn..sebab itu, ramai yang mngenalinya..akhirul kalam, semoga rohnya dicucuri rahmat dan moga dia diletakkan dikalangan hamba-hambanya yang soleh..amiin..

Wednesday, April 22, 2009

~MiNGGu SeNi tEAtER~

jangan lepaskan peluang korang tok tonton teater ni..



PATUNG KERTAS 2 ~ lakonan doto' jalaluddin hasan, asyraf muslim dll


MAHSURI ~ lakonan vanidah imran yang cun, arahan fauziah nawi yang bongga ;o)

Tuesday, April 21, 2009

WHAT SAY YOU, MALAYSIAN???


da purpose i attached this pic, adalah untuk renungan kita bersama..di mana letak akal, hati dan perasaan serta kesedaran kita terhadap insan yang benar2 memerlukan..bukan nak duit, harta dan lain2 material..cuma sedikit perhatian..pic ni diambil masa aku dlm perjalann pulang dari kerja, di dalam LRT heading to Kelana Jaya..seriously aku simpati..sebab kandungannya dah besar..aku tau "BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKULNYA" tak kan la dia nak meminta diberikan seat..so, kita yang sihat ni kena la faham2 sendiri...so, what say you MALAYSIAN??Malaysia BOLEHH!!

Thursday, April 16, 2009

BANGANG SANGAT KE??!!

title entry kali ni sounds like i am angry, bengang, hot and spicy..memang pon!!sampai orang lain pon aku maki..sedangkan xkenal ni..habut la.ada aku kesah mak esah?!actly benda ni happen last week, 3 hari berturut2 but lately, i have no time to update my blog..cerita bermula

8 April 2009

as usual nak g keje every morning..setiap hari aku kuatkan semangat utk g keja..kadang2 down sebab transportation yang tak memuaskan but i havo no choice..itu je yang ada..nak naik keta, jem, minyak lagi, tol sgla...ko ingat gaji aku juz tok melabur kat jalan raya..hahaha..so, aku gigihkan diri..dah sampai station komuter tmpat aku..bl train sampai mcm biasa mata pandang kanan, pandang kiri..looking for free seat or will be free.biasa r, almost 2 years aku bergantung idup pada transport ni..so aku tau muka2 yang ada dalam tue..n aku tau mamat minah ni akan turun kat ner...kalo dia turun station yang dekat2 slpas aku, so aku akan stand dpn dia..so that aku akan dpt seat, sit + tidor!!heheh..dah la pagi2 pon terpaksa bersesak2 mcm sardin dalm tim kemek..hampeh..ari ni mmg rezeki aku..i got a seat..rasa bahagia jap..kejap je!!nak tau knp..even dpt seat aku tetap x selesa..mugkin bukan aku sorang, orang lain pon sama..korang nak tau, sepanjang perjalanan sampi station kuala lumpur, bout 12 stations, lbh kurtang 1 jam air-cond xde..juz imagine dalam kesesakan, xde air-cond..ni yang mmbuatkan darah aku mmbuak2!!mmg menyirap..mula2 cover macho gak, xperlu la nak kipas2..tapi bila smakn ramai tang kuakan paper, aku pon join diorang..panas beb + berpeluh..aku pon xtau la yang boleh tdo dlm kepanasan+ berpeluh..ermmm, aku mmg xpaham pe masalah ngan syarikat ni..aku xrasa ada penambahbaikan dari semasa ke semasa..nak kata customer tak complain, ada je..then, wat they do?juz keep silent...aku rasa xsalah kalo aku ckp diorang xbertimbang rasa..hanya memikirkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan pelanggan..hanjg!!!!!sampai ofis aku tnya my ofismate yang biasa naik train masa yang sama, tp dia dr station yang lbh jauh sblm aku..aku tnya, panas bro?dia ckp mana nya tidak..mknanya bukan tempat aku je yang tak ber air-cond tp keseluruhan train..memg nak bunuh orang..ni la antara punca orang selalu pengsan dlm train, kekurangan oksigen..

9 April 2009
balik dari keje..ari ni rushing nak balik sebb dah plan to do something when i reach at home..sharp 545 aku kms2 my work station, semangat nak balik lagaknye..kaki pon melangkah laju..aku jalan kaki from my ofis to comuter station..sampai je station, hampeh!!anouncmnt train delay..wat to do, pasrah je la..aku ni jenis xsuka bila benda yang dah drancang, xdapat berjalan dgn lancar or cancel..tapi nak wat camne..kita hnya boleh merancang..tunggu punya tunggu, nxt train (lain destinasi) dah sampai..mean dah double la..sepatutnya train heading to my place..next my turn..tb2 anouncmnt lagi..train aku still delay lagi..aku rasa nak menjerit sekuat mungkin kat situ..pe korang rasa?!!aku dah buang masa menunggu train about 1 hour..sepanjang masa tu la aku dah memaki sana sini..orang semakin ramai..kalo sekali datang 2 train xpe..ci**** sgt!!memag la dah biasa berlaku, tp kali ni dia dah merosakkan rancangan aku..huhu..in this case, aku xpaham kenapa delay???!!!tayar pancit ke..terlanggar orang ke..choi!!!sepatutnya annoucmnt tu bagitau delay sebab apa..sebab bagi aku syik memajang delay je....wat the hell
10 April 2009
entry kali ni mmg tok aku luahkan rasa bengang + marah, mcm jahanam..ari ni perkara yang sama berlaku lg mcm smlm, train delay..bila dah delay semakin ramai la orang datang dan menunggu train..bila train sampai suma orang bertolak sesak tok mmstikan diorang blh msk train, balik umah, bermanja kasih ngan fmly, rest..kat KL station ok la..aku pn xkisah xdapat seat n terpaksa bdiri..bila smpai KL Cntral..ni masalah yang berlaku..orang bertmabah rami sebab station centre..terlalu ramai!!passenger yang nak kuar pon xblh kuar sebb orang bertolak nak masuk..masalah train ni pulak pemegang xbanyk..aku ngah pegang besi yang xjauh dari pintu..dalam skt mmg free tapi xde pemegang..ada la minah joreng sorang ni..cakap kat aku ngan nada yang agak aku xsuka..masuk la dalam tu..aku pon ngan mulut jahat, aku ckp..nak soh aku pegang apa, tangan u blh?!!dia diam xjawab..sape nk masuk, masuk tp jgn nak paksa aku..bukan aku xnk move ke dlm, cuma x safe bila train terhoyong hayang, no padle..orang dari luar pon mgetok2 tingkap soh aku masuk dalam..aku pasang earphone, dgr lagu..buat donor!!ada aku kesah!!then ada sorang mak cik ni, begaya ngan skaf (key) kat kpla, rambut terjuntai..soh anak dia masuk dalam..dia ckp xjatuh nye..i think she insutd me..fine!!dalam hati aku, mak cik ni cakap hebat!!iyok la mak cik!!ank dia pon tak nak move ke dlm..masa dalam train tu muka aku mmg serius n nampak bengang je..from time to time aku usha je mereka2 yang berangan bagus!!katanya!!train dah jalan, mmg sumetimes train akan jadi xstabil..myb bcoz of tukar landasan..masa tu la msing2 la terjerit sana terjerit sini, ahhh sana ahhh sini, nak jatuh..terkial-kial cari padle..sama la dua orang pompuan yang kononnya bagus tue..biar dia tau..aku dalam hati gelak je sepuasnya, orang cakap degil, xnak paham..masa dirang terkial mcapai padle, aku senyum je memandang diorang..accdntly, diorang pon memandang aku..my intention was noble, senyum sedekah..kalo ko tersungkur jatuh aku la yang akan tolong korang..katanya!!ye la aku ni xla jahat mana..tp kalo korang nak main2kan aku..tu je la layaknya..
TANDA TANYA
# syarikat ni xmampu sgt ke nak buat penambahbaikan dalam service diorang, air-cond + delay
# apakah kebajikan sosial yang diamalkan dalam organisasi ni selain menyediakan perkhidmatan
# aku merasakan amalan MONOPOLI telah berlaku..nak tak nak u've no choice..redah je
# kerajaan kena campur tgn, bukan melalui pemberian subsidi
#terima kasih kepada yang berbahagia sebab pernah merasai kesusahahan naik train ni..tp apa tindakan yang diambil??????!! non-adoooo kakak..
# sampi bila ia akan berterusan sebegini

Tuesday, April 7, 2009

d' Chili"S

sempena hari yang bahagia, rezeki yang telah di berikan oleh-Nya, aku ngan rakan2 ofis (mcm ramai tp ber3 jer) g wat small clbration kat Grill Chili's & Bar, KLCC..kitorang teringn makan kat situ sebb keadaannya yang meriah..aku pon mmg suka mkn kat tempat mcm nie..sekali sekala boleh la, selalu tu, lu pikir la sndr!!habis keje dalam kol 6.30 kitorang berjalan ke putra masjid jamek ke KLCC..gigih ni sempit2 dlm putra..no choice..so redah je..setibanya di KLCC kitorang terus mghala ke Chili's..surprise..many people waiting for their turn..kena Q la labu..erm, xsangka kan jadi mcm ni..nak mkn pon kena Q, register lagi..finally kitorang dapat seats after half an hour menunngu..mak aiii, nak amek order pon tak tau sebb menu list dia so special..hahah.then, kitorang amek la 4 menu tok 3 persons..enjoy da meals..mkn + gelak + mkn + gelak + gosip..haha..thanks to fariza & honey for ur time with..muah2!! kenyang makan sampi xhabis..nak paksa masuk mulut pon dah xmampu..yang penting aku gembira + bahagia + syukur..wei korang, bila nak mkn2 lagi?????























Friday, March 27, 2009

TIDUR OH TIDUR

tidur ku yang tak lena..sejak kebelakngan ni, actly since dok umah skang and dah keje ni, tidur aku selalu terganggu dengan benda2 yang amat pelik dan aku x suka..bukan sebab apa, dalam keadaan penat aku xboleh nak lelapkan mata disebabkan gangguan benda2 ni..mlm balik umah lambat, esok nak keje lagi..kat tempat keje bersengkang mata..ceh!!finally sakit kepala..sehinggakan sudah bbrapa kali, terpaksa aku ajak mak ayah aku tido sama kat atas katil tue..aduh, rasa macam kanak2 lak..tapi aku tak kisah yang penting aku puas and aku bangga dapat mak dan ayah mcm tue..bila ada mak ayah di sisi baru aku leh lena sampi ke pagi beb..pe yang berlaku gangguan tu menakutkan aku, sehingga jantung berdegup kencang, nadi berdegup pantas..aku mencari sesuatu untuk menyelubung diri..selama ni aku dok kat hostel dari form 1 till uni, benda ni tak prnah berlaku..aku btl2 bersyukur, Thanks God..kejadian terbaru adalah semalam..tdo aku terganggu hampir setengah jam..bila jantung aku pon laju aku cepat2 mndapatkan parents aku n tdo sama..haha..mak ayah tanya, adik tak solat ye?!!ermm..thean ayah cakap tdo baca ayat kursi, baca fatihah, doa nak tdo...tdor ku lena..aku masih tertanya2 apa yang berlaku sebenarnya , apakah jalan penyelesaian yang terbaik..yang penting aku sangat2 bersyukur kerana ia tidak berlaku kpda ahli keluargaku yang lain..aku mohon perlindungan dari Allah, Tuhan yang Maha Esa, Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..mungkin juga ini adalah mainan perasaan atau mimpi..tapi aku tak pnh fikirkannya sblm aku masuk tidor..mgkn ini ujian dan sedikit dugaan untuk mnguji kesabaran, ketabahan dan keberanian aku sbg seorang insan..

Tuesday, March 17, 2009

March 6th 09 - DiNNeR d'TuPai - TuPai

aku : senyum kelaparan..haus..dahagassss..cantik baju..jgn mara haaa..

excuse me..i dont want snap ur hand..nak apa?

sembonia-2, bonia-2, primavera??kwang2 =)

keadaan & suasana di TUPAI-TUPAI pada malam itu ....

hidangan 2nd round..sape yang kuat mkn ni??mkn, jgan membazir, nnti kena bayar..ada berani?

stimbut kasih sayang : tom yam & kelapa

kelapa ke kepala??? @$%^&*( sedap giler!!!

semntara tunggu bnda tu masak, mkn la mushroom soup dl..ada buah, kacang..ha, order air dragon fruit yang "spesial".........