Sunday, August 30, 2009

i hate THIS!!!



tak sampai sebulan
hitam kembali hitam
putih diselubungi kelam
siang hilang berterusan malam


aku rasa diperbodohkan
aku rasa dipermainkan
apa tujuan dengan kejelasan yang aku rasa alasan
sebab pandai menjaga rahsia, rahsia juga kau jadikan aku
percaturan yang baik
penceritaan yang sempurna
namun, adakah kau rasa perjalanannya seiring dan sekata
tidak!!


sebab percaya aku bagi
tapi kau buang
apa yang cuba kau lakukan
apa yang nak kau jelaskan
apa yang nak kau terangkan
dan apa yang kau nak aku faham???
inilah perkongsian kau!!
kau rasa aku menggangu???
tidak aku diberitahu
kau rasa aku bukan pilihan???
tidak juga aku dikhabarkan
soalan aku, apa yang cuba kau mainkan...


ye!! aku tak sama dengan yang dulu
aku tak sama macam yang lain
aku rasa apa yang aku rasa
aku faham apa yang aku fahami
permainan dan diperbodohkan
atau mugkin senda gurauan


terima kasih sebab mengajar aku tentang kehidupan
kau mengajar aku erti mengerti dan percaya
tidak semua kata-kata dan bicara
harus aku telan
bisa dengar percaya jangan
sekiranya esok ada untuk kita
aku akur wujud permulaan semula
rentaknya mungkin serupa
melodinya akan berbeza
suara dan nadanya tidak akan sama
aku lari dari belenggu
menangis aku sendiri

No comments:

Post a Comment