Tuesday, May 19, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY '09





tercatat di dalam diari aku 11 MEI adalah hari yang cukup bermakna bagi mereka yang bergelar wanita dan IBU..hari untuk kita meraikan dan menghargai pengorbanan IBU yang selama ini mengandung, melahir dan membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna..BETUL!! bagi aku SETIAP HARI adalah HARI IBU dan BAPA kita..bercerita tentang ibu, aku panggil ibu aku EMAK..mengikut sejarah dan penceritaan emak, hidupnya dulu jauh berbeza dengan sekarang..EMAK bersyukur kepada ALLAH di atas limpahan rezeki yang telah di berikan, kebahagiaan yang telah dikurniakan..daripada sebagai pekerja kilang, mak terpaksa berhenti kerana sering kali cuti disebabkan anak-anaknya tidak sihat..EMAK sangat berani dan tabah dalam menghadapi tindakan majikan kerana bagi EMAK anak-anak adalah segalanya di dunia dan di akhirat.ini adalah dugaan EMAK dan AYAH dalam mmbesarkan anak-anak kesayangan mereka..dari satu majikan ke satu majikan mak berhijrah sebagai operator kilang..kalau tak silap dalam 7 syarikat..untuk mencari rezeki, memberi makan minum, pelajaran kepada anak-anak EMAK terpaksa mengerah tenaga, mengayuh basikal ke kilang, about 30km..dalam perancangan memulakan kerjaya baru, EMAK dan AYAH berhadapan dengan sedikit masalah untuk mendapatkan modal..usaha ke kanan tak berjaya, usaha ke kiri tak berjaya..akhirnya ALLAH telah membuka ruang untuk EMAK dan AYAH memulakan kerjaya sebagai ahli perniagaan kecil di pasar malam..EMAK selalu berpesan kpd anak-anaknya.."kita kena berusaha bersungguh-sungguh utk diri sendiri, keluarga terutamanya..dalam kita senang, ramai yang akan menjadi kawan..dalam kita susah, ramai akan menjadi lawan.." dan EMAK selalu cakap "tiada harta yang mampu EMAK berikan melainkan memberi didikan, hantar anak ke sekolah..belajar sungguh dan gunakan ilmu yang ada sebaiknya" AKU BANGGA dengan EMAK dan AYAH..perniagaan mereka kekal panjang hampir 15 tahun..murah rezeki yang ALLAH turunkan..dengan titik peluh dan keringat ini, Alhamdulillah semua anaknya mendapat didikan yang sempurna, dibesarkan dalam keadaan yang baik, kini semua berjaya dalam bidang masing-masing..aku yakin, kini EMAK dan AYAH terlalu BANGGA dan GEMBIRA serta BAHAGIA dengan apa yang diperoleh kini..sebab itu, kalau pergi ke rumah saudara, balik kampung, EMAK dan AYAH mengharap anak-anaknya ikut sama..sinar keBAHAGIAan itu terpancar dari raut wajah EMAK..


"EMAK dan AYAH, adik mewakili anak-anak yang lain, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhitung nilainya, di atas pengorbanan EMAK dan AYAH dalam membesarkan kami ber4, sehingga menjadi insan yang berguna utk diri sendiri dan kelurga kita terutamanya..pengobanan EMAK dan AYAH tidak mampu untuk kami balas dan nilainya terlalu tinggi dibandingkan gunung, limpahan kasih sayang terlalu luas dibandingkan lautan pantai..semoga ALLAH memberkati kehidupan EMAK dan AYAH, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak..EMAK dan AYAH adalah insan yang paling sempurna di mata kami..kami juga memohon restu dan doa EMAK dan AYAH dalam apa jua bidang yang kami ceburi..sesungguhnya RESTU, BERKAT dan DOA EMAK AYAH amat kami perlukan..YA ALLAH, semoga kau penuhi hajat EMAK dan AYAHku..." I LOVE YOU SO MUCH EMAK AYAH..mmmuuuaahhh --'--,<@

pada kali ini, aku bawa EMAK dan AYAH makan kat d'curve, tempat yang cukup jauh dari hidup EMAH dan AYAH..namun bagi aku, ia terlalu istimewa untuk mereka..kitorang makan kat WARONG AYAM PENYEK, indonesian foods..EMAK dan AYAH makan dalam keadaan yang selera, Alhamdulillah..

Tuesday, May 5, 2009

ISTANA BUDAYA = pasar malam??

korang jangan salah anggap dengan entry aku kali ni..aku bukan nak perkecilkan ISTANA BUDAYA (IB) yang aku sanjung, meletakkan ia sama taraf dengan pasar malam, pasar borong selayang dan sebagainya..BUT i juz cannot understand for those yang berhajat untuk menonton teater di IB without PROPER ATTIRE..i cannot accept it..bahkan lepas masuk ke dalam panggung..camne tuh?aku rasa peminat-peminat teater ni tau, IB adalah tempat yang berprestij dan mmpunyai etika berpakaian bila mana mahu menonton sebarang teater yang bakal ditayang..tapi mungkin nak bergaya tak ikut tempat, ambil acoh tak acoh, malas, tak pon mmg tak faham bahasa..segalanya mungkin..guys, korang suma dah besar panjang..tak kan la nak kena ajar, tegur segala baru korang nak faham..


aku candid je sgla gambar-gambar ni..tak berani aku nak interview diorang.gila agaknya..haha..pic above, mamat ni pakai baju tak berkolar..aku ingankan dia ada bawa jacket ke, blazer ke..blh r terima..tup tup lenggang kangkung masuk panggung mcm tu je la..aku rasa mcm g tengok wayang jer..
yang pompuan-pompuan ni pulak, aku rasa pakaian diorang dah cukup cantik ngan gaun masing-masing..fesyen anak muda masa kini la..yer la nak masuk ISTANA BUDAYA yang berprestij kan..dah cantik kat atas, bawah pulak yang bermasalah..kaki la buat hal..adik-adik comei ni pakai sandle nak menunjukkan jari jemari kaki yang cantik dgn kuku-kuku yang berwarna warni..adik macam nak g shopping mall la..heheh ;D nak cari nugget, maggie, milo 3 in 1 ye..
macam nak g lepak kat tasik titiwangsa pon ada..pasangan couple ni ingat nak dating kat panggung wayang, Midvel tapi TERpegi ke panggung teater, ISTANA BUDAYA lagi..mmg class korang..nampak mmg smart, look nice..tapi bila memikirkan tentang etika berpakaian untuk menonton sebarang acara di ISTANA BUDAYA, aku berpandangan ini bukan la pakaian yang sepatutnya..jeans!!tapi aku tak menafikan, berkali-kali aku g menonton teater di IB makhluk Allah yang berpakaian jeans mesti wujud..mungkin staf yang jaga pun dah tak larat nak tegur..

WALAU BAGAIMANAPUN....

I'M PROUD TO BE MALAYSIAN..dalam keadaan wujud sedikit kesilapan, namun warga negara MALAYSIA tidak lupa pada adab dan tata hormat untuk memasuki panggung teater..orang tua kita sering berpesan, nak masuk rumah orang beri salam..begini la keadaannya..tak la macam naik bas mini, berebut-rebut..bertolak-tolak dalam kesesakan..dalam ketenangan membuat barisan, mengambil ruang tempat duduk masing-masing..njoy da teater ;o)
aku penCINTA seni




Friday, May 1, 2009

TAHNIAH kepada pengundi TOMOK

bukan aku xnak wish congrate to peminat tomok, tapi...kalo korang sekadar minat je tapi xundi apakah jadahnyer...ceh, cakap lebih (aku ni mcm undi jerh!!) hahah..even moral support je, belum ada jaminan dia akan stay sampai grand final ONE IN A MILLION (OIAM) semalam..TAHNIAH aku ucapkan kepada para pengundi TOMOK sebab merialisasikan impian dia untuk memiliki RM 1million sekaligus mencatat rekod sebagai juara lelaki pertama OIAM..tahniah2!!!aku tau ko rasa gembira dan bangga..im happy for you..aku tak nafikan, performance dia semalam adalah yang terbaik berbanding 2 orang yang lain..syafinaz & paul sendiri memilih dia sebagai juara pada malam td..finally, it came true..

walau bagaimanapun, aku merasakan tomok perlu lagi belajar untuk menjadi artis yang lebih versetile, lebih2 lagi setelah memiliki RM 1million tu..means flexible dalam pembawaan perlbagai genre muzik..kalo diperhatikan, gayanya semasa mmbuat persembahan ada iras-iras faizal tahir..ntah la, itu pandangan aku jerh..sebab melalui pemehatian aku, sepanjang OIAM musim ni, amylea adalah peserta yang terbaik dan consistant + versetile + vogue dalam menyampaikan persembahannya..tapi tue la, rezeki tidak myebelahi dia..(aku ni cakap je banyak, undi tak) ada aku kesah?!!tapi biasa la di Malaysia, pengundi kebanyakannya adalah dikalangan kaum wanita, tidak mungkin diorang nak undi kaum sejenis sedangkan ada juga lelaki yang hebat dan ada rupa macam TOMOK..katanya!!

TAHNIAH TOMOK!!kiranya tomok ni mmg hebat la dibandingkan amylea & pija (dikalangan artis) OIAM musim ni jugak telah mncatat sejarah dimana artis yang menjadi peserta dalam rancangan realiti telah terpilih menjadi juara iaitu TOMOK..jika dilihat pada musim yang lalu, dayang nurfaizah dan siti sarah pun tersingkir pada minggu2 terakhir sebelum grand final..tapi tu la, pepatah melayu berbunyi "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu" berbaloi keluarga buat invesmnt hantar SMS beribu riban..kira berhasil la jugak, kalau sebaliknya...non adooo..lepas ni kita tunggu pulak SIAPA JUARA AF 7??


SENI itu INDAH

apa itu CINTA??

CINTA itu bukan sekadar kata-kata
CINTA itu bukan hanya indah pada bibir semata
CINTA itu ungkapan yang perlu dizahirkan
CINTA itu permainan perasaan
CINTA itu suatu pembuktian kasih dan sayang
CINTA itu perkongsian hati dua insan
CINTA itu perkongsian dua jiwa menjadi satu
CINTA itu indah

namun, CINTA itu memerlukan pengorbanan
CINTA itu memerlukan persefahaman
CINTA itu memerlukan sokongan
CINTA itu saling melengkapi antara dua insan
CINTA itu memberi dan menerima
CINTA itu memerluakan kekuatan
CINTA itu saling percaya mempercayai
CINTA itu membahagiakan

terkadang, CINTA itu mengerikan
penyiksaan dalam kehidupan
CINTA itu membutakan
CINTA itu menulikan
CINTA itu menyesakkan
CINTA itu suatu muslihat
CINTA itu suatu prasangka
CINTA itu penuh agenda

walau apa pun erti CINTA
aku yakin dan percaya
ke mana saja kakiku melangkah
di situ ku bawa CINTA bersama
kerna CINTA itu suatu keperluan
CINTA itu suatu kesempurnaan