Sunday, June 28, 2009

semoga ALLAH memberkatimu, AYAH..muuahh


21 Jun, adalah tarikh keramat bagi golongan kaum Adam yang bergelar BAPA..sama seperti sambutan hari ibu, bagi aku secara peribadi setiap hari, 365 hari dalam setahun adalah hari-hari untuk mereka, yang mana saya dan kita perlu mendahului mereka lebih dari segalanya, even kerjaya..tiada siapa yang dapat gantikan tempat ayah dan emak dalam diri aku..cuma pada tarikh ini, ia diambil sebagai ulang tahun penghargaan untuk diri mereka..SELAMAT HARI BAPA, my beloved dad, Adanan bin Malik..serba sedikit tentang ayah, seorang perantau muda dulunya, belajar hidup berdikari pada usia yang sangat muda, berhijrah dari Perak turun ke Selangor..mengikut tunjuk ajar dari pak cik2 nya, ayah memulakan kerjaya..hidup di laut, hidup di sungai, hidup di darat sudah menjadi lumrah pusing ganti kehidupan untuk dirinya..aku percaya dan yakin ayah mempunyai wawasan yang cukup tinggi untuk masa depan dirinya..dari satu kerjaya ke satu kerjaya ayah mencuba nasib, mencari rezeki yang terbaik. antara pekerjaan ayah adalah membaiki kapal, membaiki railway station, pelabuhan (hidup dengan kontena), pemandu lori dan kerjaya terakhir ayah bersama emak adalah usahawan, berniaga..semua ini adalah rezeki yang Allah bagi kepada hambanya..


Sebab itu, sejak kecil ayah dan emak mengajar kami adik beradik erti kesusahan..supaya kita tak lupa diri bila mencapai kesenangan..aku tidak bohong, hidup kami sekeluarga dulu memang jauh berbeza dengan sekarang..kadang-kadang ayah menjadi marah bila anak-anak meminta unnecessary things seperti mainan dan barang2 yang terlalu mahal..sebab keadaan masa itu yang tidak mengizinkan. ayah dulunya sangat garang, tidak seorang daripada kami adik beradik terlepas daripada "belaian kasih sayang ayah" dengan rotan, getah paip dan pokok kerengga..bunyinya amat memedihkan tapi sekarang aku yakin, dengan kasih sayang inilah hasilnya akak menjadi seorang guru sek men, abang berjaya dalam urusan perniagaannya, kak ana berjaya dalam bidang usahawan dan dalam masa yag sama bekerja di sektor kerajaan menguruskan akaun, dan aku bekerjaya dalam industri perbankan..Terima kasih yang tidak terhingga untuk mak dan ayah dalam mendidik anak2mu sehingga berjaya. Sekarang emak dan ayah adalah tempat cucu-cucu mendapat kasih sayang, cucu-cucu yang sgt manja dengan opah dan atok


Ada perkara yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran aku..kata sipulan raut wajah ayah nampak tua berbanding usianya, dibandingkan dengan diri sipulan ni, yang kerja ofis, duduk depan PC, mengomel sana sini..aku berang kerana raut wajah ayah menjadi isu dan penilaian..aku hanya menjawab "dulu ayah saya bekerja buruh kasar, xmacam awak duduk dalam ofis..tp sekarang saya percaya kalau mntak angkat air 15 liter, ayah saya lebih mampu berbanding diri awak!!" secara sinis aku jelaskan pada diri sipulan..apa yang penting dalam hidup aku , ayah adalah HERO untuk kami ber4 adik beradik..apa yang perlu aku lihat adalah perubahan hidup yang telah ayah lalui dari dulu aku kecil sampai sekarang aku berumur 24 tahun..semua ini adalah kejayaan ayah dan emak untuk mengharumkan nama keluarga, mendidik anak2 menjadi insan yang cukup bermakna untuk keluarga..


Sambutan hari bapa kali ini, aku bawa mak dan ayah makan kat Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang..seronok dan bahagia aku ngok mak dan ayah makan, sampai kenyang..malam tu aku hidangkan ikan siakap tiga rasa, tomyam ayam, sotong goreng, air buah dan lain-lain..Ayah dan Emak, adik mewakili akak, abang dan kak ana memohon ampun dan maaf sekiranya kami pernah mengguris hati emak dan ayah, kami mohon dihalalkan segala curahan kasih dan sayang, makan dan minum selamanya..mohon restu dan doa emak dan ayah untuk perjalanan hidup anak-anakmu ini..semoga ALLAH memberkati dan merahmati perjalanan hidup emak ayah dunia dan akhirat.amiin..I LOVE YOU SO MUCH

3 comments:

  1. huhuhu..touching la faizi bce post ko ni...semoga ko, aku n sesiap saje yg ade ayah..dpt membhagiakan ayah2 mereka selagi hayat ada..

    ReplyDelete
  2. sad n happy..sad coz apa yg ko tulis menyentuh perasaan..happy coz org berkawan ngan anak yg bak mcm ko...

    ReplyDelete
  3. im touched...
    kasih sayang mengatasi everything...

    ReplyDelete