Thursday, December 31, 2009
Perjalanan
pemegang watak atas pentas lakonan itu
satu demi satu demi satu
aku memulakan langkah menghala tempat yg dituju
dari tangisan bayi, meniarap, aku merangkak, kini aku berjalan
mengexplorasi setiap sudut yang aku tidak tahu kandungan
dari situ aku tahu
perjalanan yang banyak mengajar aku erti kehidupan
pelajaran dan pembelajaran yang aku dapat melalui pengalaman
hadir 2010, meninggalkan aku perjalanan 2009
meninggalkan tak bermakna aku buang
tak bermakna aku lupakan
tidak!!
kerana ia adalah kenangan aku melalui setiap saat dan detik dalam kehidupan
hitam putih, sedih gembira, tangis gelak tertawa, manis masam
macam-macam ada
dalam perjalanan aku
terindah
suatu pertemuan dalam sebuah perhubungan
berkongsi perjalanan kehidupan
melengkapi dan dilengkapi
kadang-kadang aku menerima, kadang-kadang aku memberi
kekuatan yang cuba aku bina, juga aku jaga
bagi memastikan perhubungan kekal hingga ke akhirnya
terindah
indah pada zahirnya, indah pada rohaninya
aku dihargai sebaik-baik manusia
menghargai selagi aku memilikinya
indahnya dia
syukur
aku memanjatkan rasa kesyukuran
di atas pemberian rezeki Tuhan, peluang kehidupan
yang jauh lebih hebat dari aku jangkakan
2009 ~ peluang perjalanan aku ke negara orang
aku bersyukur
perjalanan yang mengajar aku erti terus bersyukur
perjalanan yang mengajar aku erti menghargai
perjalanan yang mengajar aku akan kelebihan perancangan
perjalanan yang mengajar aku erti susah dan senang
perjalanan yang mengajar aku erti pengorbanan
ini cerita perjalanan aku
semoga kehadiran 2010 akan menerus dan memanjangkan segala kenangan indah aku
aku sentiasa mencari intipati perjalanan aku dalam kehidupan
Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hamba-Mu ini dalam
menempuh segala ujian-Mu..Amiin
01 Jan 2010
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan "diri kamu"
ALLAH selamatkan kamu
HapPY BiRtHdaY to you my dear
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
dilimpahkan kebahagiaan berpanjangan dan rahmat yang berkekalan,
diberikan kesihatan yang sempurna
May this 2010 brings happiness to u urself and me
Take care and God Bless you
Saturday, December 19, 2009
MALAYSIA Boleh!!! Boleh!!!
Saturday, November 28, 2009
Cek Mek McDonald
remaja perempuan : nak tambah order boleh
cashier : tak boleh
cashier A : asal ko tak nak buat??
cashier : malas r aku..nnti selalu punch, nama aku yang naik..x pasal2!!
cashier B : malas r dia ni
cashier : aku pedulik apa, korang apasal
ni la yang berlaku di depan mata aku & remaja perempuan tuh..remaja perempuan hanya mampu terpinga-pinga..mulut aku nak sound dah tapi....sabar...sabar..now my turn
aku : having here, spicy chicken mcdeluxe 1 set medium
cahsier : any additional
aku : nops..could i change the drink to fresh orange??
cashier : sorry, kat sini xde fresh orange, jus oren ada la
aku rasa macam nak maki jer budak ni, i think she's a new staff and could be bdk lepasan SPM..tapi jgn la gelabah sgt beb..aku tak jengkel kerana kau perempuan tomboi tapi aku jengkel sebb service level yang kau bagi kat customer....
Friday, November 13, 2009
perHATIan dan pemerHATIan
Biasanya, kalau penumpang tak ramai aku lebih suka bersandar kat pintu..boleh pandang depan, kiri dan kanan..more than 2years aku bergantung hidup pada train ni tok g keje.makna kata aku leh kenal dan cam orang dalam train ni..mata aku terpandang la seorang pompuan berbaju kebaya biru (uniform KTM), khusyuk membaca novel, sambil berdiri..cerita cinta gamaknya.sebelahnya seorang lelaki sedang mendengar lagu..dari gaya mereka dan dari pemerhatian aku, mereka mengharapkan 2 orang yang duduk di depan mereka akan keluar di station seterusnya..tepat!!2 orang tue turun di station shah alam..rezeki tok pompuan dan lelaki tu, dapat la seat..lebih selesa nak baca novel dan berdendang sayang..
Sampai di station batu tiga,next station after shah alam lagi ramai penumpang berpusu-pusu masuk ke dalam train, termasuk seorang perempuan yang sarat mengandung..aku rasa dalam 6 bulan lebih..aku rasa!!normally ada orang yang bagi immediate respond tok memberi seat to whom in need..tp 2 hari ni lain.tapi ramai yang berdiri memandang ke arah perempuan mengandung ni, bermaksud dia sangat memerlukan seat.tapi yang duduk, terus duduk seperti tidak bernyawa..sepatutnya mereka yang duduk pon boleh nampak, sebab pragnent women tu berdiri hanya jarak selangkah dari seat2 yang ada..peliknya, yang baru tadi rancak membaca novel cinta dan berdendang sayang pun dah layu di buai mimpi..sama ada tidur betul atau berpura2, hanya diri mereka yang tahu..
p/s: berpada2 la kat dunia ni..wasatiah!!
Sunday, November 8, 2009
Wednesday, November 4, 2009
GiGi oh GiGi


Thursday, September 3, 2009
WE love TEPPANYAKI
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
i hate THIS!!!

hitam kembali hitam
putih diselubungi kelam
siang hilang berterusan malam
aku rasa diperbodohkan
aku rasa dipermainkan
apa tujuan dengan kejelasan yang aku rasa alasan
sebab pandai menjaga rahsia, rahsia juga kau jadikan aku
percaturan yang baik
penceritaan yang sempurna
namun, adakah kau rasa perjalanannya seiring dan sekata
tidak!!
sebab percaya aku bagi
tapi kau buang
apa yang cuba kau lakukan
apa yang nak kau jelaskan
apa yang nak kau terangkan
dan apa yang kau nak aku faham???
inilah perkongsian kau!!
kau rasa aku menggangu???
tidak aku diberitahu
kau rasa aku bukan pilihan???
tidak juga aku dikhabarkan
soalan aku, apa yang cuba kau mainkan...
ye!! aku tak sama dengan yang dulu
aku tak sama macam yang lain
aku rasa apa yang aku rasa
aku faham apa yang aku fahami
permainan dan diperbodohkan
atau mugkin senda gurauan
terima kasih sebab mengajar aku tentang kehidupan
kau mengajar aku erti mengerti dan percaya
tidak semua kata-kata dan bicara
harus aku telan
bisa dengar percaya jangan
sekiranya esok ada untuk kita
aku akur wujud permulaan semula
rentaknya mungkin serupa
melodinya akan berbeza
suara dan nadanya tidak akan sama
aku lari dari belenggu
menangis aku sendiri
Happy Birthday Augustian
Ahmad Faris Sufi
Nana
Azizul Azdi
ma brother in law,Abg Syah
Kak Siti (admin TPC)
Rozyani Ali
Abg ART-Touch
Farol Hadi
Faizul Surani (Sabitah)
Badrul Poniran (Odah)
Izul
Jash
Kak Faiezah TPC
Monday, July 20, 2009
KAWAN & CINTA
cinta : aku dulu
kawan : aku kenal dia dulu sebelum ko kenal dia
cinta : aku kenal dia lebih dari ko kenal dia
kawan : dia kawan aku
cinta : dia cinta aku
cinta : dia pilih aku, aku milik dia
kawan : aku kenal baik buruk dia
cinta : aku terima baik buruk dia
kawan : aku terima dia seadaanya
cinta : aku juga, aku nak dia jadi yang terbaik utk aku
kawan : dia manusia biasa, yang tidak sempurna
cinta : dia cukup baik, sempurna di mata aku
kawan : keburukan dia??
cinta : aku lengkapkan sebagai kebaikan dia
kawan : kebaikan dia??
cinta : aku lengkapkan sebagai kebaikan aku
kawan : aku tempat dia mengadu
cinta : dia tempat aku mengadu, aku tempat dia mengadu
kawan : aku faham dia
cinta : aku faham dia
kawan : dia kawan aku
cinta : dia cinta aku, kekasih aku
kawan : kenapa kau tak terima aku sebagai kawan dia?
cinta : aku terima
kawan : kau terima baik buruk aku sebagai kawan dia?
cinta : aku terima
cinta : aku terima
kawan : aku tak pernah marah dia sebab aku faham dia
cinta : aku marah dia sebab sayang dia..aku cinta dia
kawan : hati dia?
cinta : hati aku?
kawan : aku tak pernah merajuk kerana dia
cinta : aku merajuk kerana cinta
kawan : sekarang dia sepikan diri, kau tahu?
cinta : aku tahu lebih dari kau tahu
kawan : kau ego
cinta : kau ego..dia pun ego
kawan : dia kata dia tengah sedih...
cinta : itu adalah dia..
Sunday, June 28, 2009
semoga ALLAH memberkatimu, AYAH..muuahh
Sebab itu, sejak kecil ayah dan emak mengajar kami adik beradik erti kesusahan..supaya kita tak lupa diri bila mencapai kesenangan..aku tidak bohong, hidup kami sekeluarga dulu memang jauh berbeza dengan sekarang..kadang-kadang ayah menjadi marah bila anak-anak meminta unnecessary things seperti mainan dan barang2 yang terlalu mahal..sebab keadaan masa itu yang tidak mengizinkan. ayah dulunya sangat garang, tidak seorang daripada kami adik beradik terlepas daripada "belaian kasih sayang ayah" dengan rotan, getah paip dan pokok kerengga..bunyinya amat memedihkan tapi sekarang aku yakin, dengan kasih sayang inilah hasilnya akak menjadi seorang guru sek men, abang berjaya dalam urusan perniagaannya, kak ana berjaya dalam bidang usahawan dan dalam masa yag sama bekerja di sektor kerajaan menguruskan akaun, dan aku bekerjaya dalam industri perbankan..Terima kasih yang tidak terhingga untuk mak dan ayah dalam mendidik anak2mu sehingga berjaya. Sekarang emak dan ayah adalah tempat cucu-cucu mendapat kasih sayang, cucu-cucu yang sgt manja dengan opah dan atok
Ada perkara yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran aku..kata sipulan raut wajah ayah nampak tua berbanding usianya, dibandingkan dengan diri sipulan ni, yang kerja ofis, duduk depan PC, mengomel sana sini..aku berang kerana raut wajah ayah menjadi isu dan penilaian..aku hanya menjawab "dulu ayah saya bekerja buruh kasar, xmacam awak duduk dalam ofis..tp sekarang saya percaya kalau mntak angkat air 15 liter, ayah saya lebih mampu berbanding diri awak!!" secara sinis aku jelaskan pada diri sipulan..apa yang penting dalam hidup aku , ayah adalah HERO untuk kami ber4 adik beradik..apa yang perlu aku lihat adalah perubahan hidup yang telah ayah lalui dari dulu aku kecil sampai sekarang aku berumur 24 tahun..semua ini adalah kejayaan ayah dan emak untuk mengharumkan nama keluarga, mendidik anak2 menjadi insan yang cukup bermakna untuk keluarga..
Sambutan hari bapa kali ini, aku bawa mak dan ayah makan kat Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang..seronok dan bahagia aku ngok mak dan ayah makan, sampai kenyang..malam tu aku hidangkan ikan siakap tiga rasa, tomyam ayam, sotong goreng, air buah dan lain-lain..Ayah dan Emak, adik mewakili akak, abang dan kak ana memohon ampun dan maaf sekiranya kami pernah mengguris hati emak dan ayah, kami mohon dihalalkan segala curahan kasih dan sayang, makan dan minum selamanya..mohon restu dan doa emak dan ayah untuk perjalanan hidup anak-anakmu ini..semoga ALLAH memberkati dan merahmati perjalanan hidup emak ayah dunia dan akhirat.amiin..I LOVE YOU SO MUCH
Wednesday, June 17, 2009
haPPy biRtHdaY - 13 June
Thursday, June 11, 2009
Lawan dan Kawan
Monday, June 8, 2009
Kawen...Kawen...Kawen...
Pada musim ni juga,mereka yang nak mendirikan rumah tangga mengambil peluang memilih tarik perkahwinan..alasannya supaya saudara mara yang jauh dapat turut serta meraikan hari yang penuh bermakna..aku setuju!!sebab before this adik beradik aku semua pilih tarikh pada musim cuti sekolah..semua dah selesai and coming soon, my turn..kah kah kah..tunggu je la korang..so, i just wanna share my story, cuti sekolah kali ni je aku dah terima hampir 8 jemputan..mmg meriah dapat makan nasi minyak kawan-kawan aku kan..temasuk la kawan sek men dulu, ofismate, ahli kelurga member2 aku..loteh nak bawa perut ni..hehe..macam biasa adat orang melayu, "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA"..so, faham-faham la bila nak balik & salam parents kawan kita tue..
Kepada kengkawan yang ingin dah telah mendirikan rumah tangga pada musim ni, aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kesempurnaan kehidupan korang..jaga pasangan hidup korang sebaik mungkin..perkahwinan itu suatu yang sangat suci dan jangan lah korang merosakkan kesucian tersebut..semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat..mendapat limpahan rezeki , kebahagiaan yang sempurna..May God bless all of you ;o)
Tuesday, June 2, 2009
MaK YoNG "TiTi$ SaKTi"
Tuesday, May 19, 2009
HAPPY MOTHER'S DAY '09
Tuesday, May 5, 2009
ISTANA BUDAYA = pasar malam??
WALAU BAGAIMANAPUN....
Friday, May 1, 2009
TAHNIAH kepada pengundi TOMOK
walau bagaimanapun, aku merasakan tomok perlu lagi belajar untuk menjadi artis yang lebih versetile, lebih2 lagi setelah memiliki RM 1million tu..means flexible dalam pembawaan perlbagai genre muzik..kalo diperhatikan, gayanya semasa mmbuat persembahan ada iras-iras faizal tahir..ntah la, itu pandangan aku jerh..sebab melalui pemehatian aku, sepanjang OIAM musim ni, amylea adalah peserta yang terbaik dan consistant + versetile + vogue dalam menyampaikan persembahannya..tapi tue la, rezeki tidak myebelahi dia..(aku ni cakap je banyak, undi tak) ada aku kesah?!!tapi biasa la di Malaysia, pengundi kebanyakannya adalah dikalangan kaum wanita, tidak mungkin diorang nak undi kaum sejenis sedangkan ada juga lelaki yang hebat dan ada rupa macam TOMOK..katanya!!
TAHNIAH TOMOK!!kiranya tomok ni mmg hebat la dibandingkan amylea & pija (dikalangan artis) OIAM musim ni jugak telah mncatat sejarah dimana artis yang menjadi peserta dalam rancangan realiti telah terpilih menjadi juara iaitu TOMOK..jika dilihat pada musim yang lalu, dayang nurfaizah dan siti sarah pun tersingkir pada minggu2 terakhir sebelum grand final..tapi tu la, pepatah melayu berbunyi "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu" berbaloi keluarga buat invesmnt hantar SMS beribu riban..kira berhasil la jugak, kalau sebaliknya...non adooo..lepas ni kita tunggu pulak SIAPA JUARA AF 7??
SENI itu INDAH
apa itu CINTA??
CINTA itu bukan hanya indah pada bibir semata
CINTA itu ungkapan yang perlu dizahirkan
CINTA itu permainan perasaan
CINTA itu suatu pembuktian kasih dan sayang
CINTA itu perkongsian hati dua insan
CINTA itu perkongsian dua jiwa menjadi satu
CINTA itu indah
namun, CINTA itu memerlukan pengorbanan
CINTA itu memerlukan persefahaman
CINTA itu memerlukan sokongan
CINTA itu saling melengkapi antara dua insan
CINTA itu memberi dan menerima
CINTA itu memerluakan kekuatan
CINTA itu saling percaya mempercayai
CINTA itu membahagiakan
terkadang, CINTA itu mengerikan
penyiksaan dalam kehidupan
CINTA itu membutakan
CINTA itu menulikan
CINTA itu menyesakkan
CINTA itu suatu muslihat
CINTA itu suatu prasangka
CINTA itu penuh agenda
walau apa pun erti CINTA
aku yakin dan percaya
ke mana saja kakiku melangkah
di situ ku bawa CINTA bersama
kerna CINTA itu suatu keperluan
CINTA itu suatu kesempurnaan
Monday, April 27, 2009
Al-Fatihah
Wednesday, April 22, 2009
~MiNGGu SeNi tEAtER~
Tuesday, April 21, 2009
WHAT SAY YOU, MALAYSIAN???
da purpose i attached this pic, adalah untuk renungan kita bersama..di mana letak akal, hati dan perasaan serta kesedaran kita terhadap insan yang benar2 memerlukan..bukan nak duit, harta dan lain2 material..cuma sedikit perhatian..pic ni diambil masa aku dlm perjalann pulang dari kerja, di dalam LRT heading to Kelana Jaya..seriously aku simpati..sebab kandungannya dah besar..aku tau "BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKULNYA" tak kan la dia nak meminta diberikan seat..so, kita yang sihat ni kena la faham2 sendiri...so, what say you MALAYSIAN??Malaysia BOLEHH!!
Thursday, April 16, 2009
BANGANG SANGAT KE??!!
8 April 2009
as usual nak g keje every morning..setiap hari aku kuatkan semangat utk g keja..kadang2 down sebab transportation yang tak memuaskan but i havo no choice..itu je yang ada..nak naik keta, jem, minyak lagi, tol sgla...ko ingat gaji aku juz tok melabur kat jalan raya..hahaha..so, aku gigihkan diri..dah sampai station komuter tmpat aku..bl train sampai mcm biasa mata pandang kanan, pandang kiri..looking for free seat or will be free.biasa r, almost 2 years aku bergantung idup pada transport ni..so aku tau muka2 yang ada dalam tue..n aku tau mamat minah ni akan turun kat ner...kalo dia turun station yang dekat2 slpas aku, so aku akan stand dpn dia..so that aku akan dpt seat, sit + tidor!!heheh..dah la pagi2 pon terpaksa bersesak2 mcm sardin dalm tim kemek..hampeh..ari ni mmg rezeki aku..i got a seat..rasa bahagia jap..kejap je!!nak tau knp..even dpt seat aku tetap x selesa..mugkin bukan aku sorang, orang lain pon sama..korang nak tau, sepanjang perjalanan sampi station kuala lumpur, bout 12 stations, lbh kurtang 1 jam air-cond xde..juz imagine dalam kesesakan, xde air-cond..ni yang mmbuatkan darah aku mmbuak2!!mmg menyirap..mula2 cover macho gak, xperlu la nak kipas2..tapi bila smakn ramai tang kuakan paper, aku pon join diorang..panas beb + berpeluh..aku pon xtau la yang boleh tdo dlm kepanasan+ berpeluh..ermmm, aku mmg xpaham pe masalah ngan syarikat ni..aku xrasa ada penambahbaikan dari semasa ke semasa..nak kata customer tak complain, ada je..then, wat they do?juz keep silent...aku rasa xsalah kalo aku ckp diorang xbertimbang rasa..hanya memikirkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan pelanggan..hanjg!!!!!sampai ofis aku tnya my ofismate yang biasa naik train masa yang sama, tp dia dr station yang lbh jauh sblm aku..aku tnya, panas bro?dia ckp mana nya tidak..mknanya bukan tempat aku je yang tak ber air-cond tp keseluruhan train..memg nak bunuh orang..ni la antara punca orang selalu pengsan dlm train, kekurangan oksigen..