Tuesday, May 19, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY '09





tercatat di dalam diari aku 11 MEI adalah hari yang cukup bermakna bagi mereka yang bergelar wanita dan IBU..hari untuk kita meraikan dan menghargai pengorbanan IBU yang selama ini mengandung, melahir dan membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna..BETUL!! bagi aku SETIAP HARI adalah HARI IBU dan BAPA kita..bercerita tentang ibu, aku panggil ibu aku EMAK..mengikut sejarah dan penceritaan emak, hidupnya dulu jauh berbeza dengan sekarang..EMAK bersyukur kepada ALLAH di atas limpahan rezeki yang telah di berikan, kebahagiaan yang telah dikurniakan..daripada sebagai pekerja kilang, mak terpaksa berhenti kerana sering kali cuti disebabkan anak-anaknya tidak sihat..EMAK sangat berani dan tabah dalam menghadapi tindakan majikan kerana bagi EMAK anak-anak adalah segalanya di dunia dan di akhirat.ini adalah dugaan EMAK dan AYAH dalam mmbesarkan anak-anak kesayangan mereka..dari satu majikan ke satu majikan mak berhijrah sebagai operator kilang..kalau tak silap dalam 7 syarikat..untuk mencari rezeki, memberi makan minum, pelajaran kepada anak-anak EMAK terpaksa mengerah tenaga, mengayuh basikal ke kilang, about 30km..dalam perancangan memulakan kerjaya baru, EMAK dan AYAH berhadapan dengan sedikit masalah untuk mendapatkan modal..usaha ke kanan tak berjaya, usaha ke kiri tak berjaya..akhirnya ALLAH telah membuka ruang untuk EMAK dan AYAH memulakan kerjaya sebagai ahli perniagaan kecil di pasar malam..EMAK selalu berpesan kpd anak-anaknya.."kita kena berusaha bersungguh-sungguh utk diri sendiri, keluarga terutamanya..dalam kita senang, ramai yang akan menjadi kawan..dalam kita susah, ramai akan menjadi lawan.." dan EMAK selalu cakap "tiada harta yang mampu EMAK berikan melainkan memberi didikan, hantar anak ke sekolah..belajar sungguh dan gunakan ilmu yang ada sebaiknya" AKU BANGGA dengan EMAK dan AYAH..perniagaan mereka kekal panjang hampir 15 tahun..murah rezeki yang ALLAH turunkan..dengan titik peluh dan keringat ini, Alhamdulillah semua anaknya mendapat didikan yang sempurna, dibesarkan dalam keadaan yang baik, kini semua berjaya dalam bidang masing-masing..aku yakin, kini EMAK dan AYAH terlalu BANGGA dan GEMBIRA serta BAHAGIA dengan apa yang diperoleh kini..sebab itu, kalau pergi ke rumah saudara, balik kampung, EMAK dan AYAH mengharap anak-anaknya ikut sama..sinar keBAHAGIAan itu terpancar dari raut wajah EMAK..


"EMAK dan AYAH, adik mewakili anak-anak yang lain, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhitung nilainya, di atas pengorbanan EMAK dan AYAH dalam membesarkan kami ber4, sehingga menjadi insan yang berguna utk diri sendiri dan kelurga kita terutamanya..pengobanan EMAK dan AYAH tidak mampu untuk kami balas dan nilainya terlalu tinggi dibandingkan gunung, limpahan kasih sayang terlalu luas dibandingkan lautan pantai..semoga ALLAH memberkati kehidupan EMAK dan AYAH, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak..EMAK dan AYAH adalah insan yang paling sempurna di mata kami..kami juga memohon restu dan doa EMAK dan AYAH dalam apa jua bidang yang kami ceburi..sesungguhnya RESTU, BERKAT dan DOA EMAK AYAH amat kami perlukan..YA ALLAH, semoga kau penuhi hajat EMAK dan AYAHku..." I LOVE YOU SO MUCH EMAK AYAH..mmmuuuaahhh --'--,<@

pada kali ini, aku bawa EMAK dan AYAH makan kat d'curve, tempat yang cukup jauh dari hidup EMAH dan AYAH..namun bagi aku, ia terlalu istimewa untuk mereka..kitorang makan kat WARONG AYAM PENYEK, indonesian foods..EMAK dan AYAH makan dalam keadaan yang selera, Alhamdulillah..

1 comment: