Tuesday, January 27, 2009

M.A.U.T.

2009, Jan 26 - without any proper plan, aku dgn my senior, abg nazwan g ngok wayang kat jaya jusco bukit raja, klang. utk cuti weekend kali ni kerap kali kitorang lepak sama tok berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, dan lain2.. pada awalnya ramai yang nak join tp finally, kitorang je la dating berdua..yang lain suma hampeh!!jgn marah na..back to the main story, kitorang mmg plan nak ngok cite M.A.U.T., cerita baru arahan Bade Hj Azmi. permulaan cerita dah menggempakkan para penonton dgn bacaan ayat2 suci Al-Quran Al-Karim bserta terjemahannya yang mngisahkan tntg kematian..mungkin banyak kontradiksi antara aku ngan kawan aku yang lain, di mana pada mata mereka perjalanan cerita itu agak terabur dan tak best!!tapi pada PANDANGAN AKU, cerita tu mmg BAGUS + BEST!!aku juga berpandangn filem kita skang telah banyak berubah dan lebih maju kehadapan dengan adanya cerita2 sebegini (bukan lagi kisah cinta, durhaka sana, sini). walau bagaimanapun aku tidak boleh menafikan pandangan setiap individu kerana masing2 mmpunyai penilaian tersendiri.. MAUT, mempunyai 3 cerita dalan 1 cerita. PANDANGAN AKU, pengarah cuba mmbawa mesej yang sgt mulia, menyampaikan dakwah melalui filem berbau keinsafan, mengingatkan kita tentang kematian akan tiba kepada setiap makhluk Allah dan setiap daripada kita perlu bersedia untuk menghadapi saat2 kematian itu..

cerita pertama mengisahkan tentang petanda yang telah diberikan oleh bakal si mati tntang hari kematiannya nnti, namun petanda itu tidak dapat di fahami oleh pihak2 lain..keseksaan individu yang tidak bersalah dalam menghadapi kematiannya, menjadi mangsa rogol dan bunuh.. cerita kedua cuba membawa mesej kesedaran bahawa setiap amalan baik dan buruk kita akan dihitungkan satu per satu walau sekecil zarah sekali pun..dalam perhitungan itu, balasan Allah boleh tiba sekelip mata tidak lama selepas kejadian..Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas seluruh alam..Allahu Akbar!!episod ini juga menunjukkan kasih sayang dan cinta-Nya Allah kepada makhluk-Nya,di berikan hidayah tak kala azan sedang berkumandang, diberi kehidupan yang baru, kehidupan kedua setelah separuh mati iaitu koma..ditayangkan juga visual siksaan di alam koma, gambaran untuk menjadi teladan dan pengajaran..Na'uzubillah!!cerita ketiga, membawa mesej yang amat memilukan saat kematian menjelma, akibat terlalu alpa dengan hiburan dunia, tidak menjaga hubungan baik sesama manusia semasa hidupnya, tidak percaya kepada kitab suci dan kuasa Allah, kematian hadir dengan cara yang amat mengerikan..sehingga tanah tidak menerima jasad tak kala hendak dikebumikan..apakah ini ujian Allah kepada si mati dan keluarga?di tonjolkan pelbagai dugaan dan ujian dalam usaha menyempurnakan jenazah..Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lag Maha Penyayang..

secara keseluruhan, aku boleh berikan filem ini stars almost 4 over 5..kepada kalian yang belum menonton, jangan ketinggalan untuk merebut peluang bagi mengambil iktibar dan pengajaran untuk diri kita sendiri secara khasnya..sejahat mana pon kita, seburuk mana kita, perlu ingat bahawa Islam itu agama yang sempurna, tidak menyusahkan dan kita pula jgn memudahkannya, Islam tidak meletakkan sebarang paksaan namun, kita yang waras dan matang seharusnya dapat memikirkan antara intan dan permata, hak dan batil, baik dan buruk seumpamanya..Islam sentiasa memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki segala kelemahan. Hablum minannas, wa Hablum minallah..sesunguhnya yang baik dan sempurna itu datang dari Allah s.w.t dan yang lemah itu, datang dari kelemahan diri ini. aku mengingtkan kepada diri aku sendiri secara khasnya..tahniah kepada pengarah, para pelakon, ahli produksi yang telah menjayakan filem ini..semoga kalian dirahmati..amiin


insan,

3 comments:

  1. ramai cakap cerita nih like2 n tahap drama kat tv3 jer.. tu yg tawar hati nak tgk.. hmm... will consider la..

    ReplyDelete
  2. nak baca review maut p visit:
    http://tikamlidah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. anda di tagged!! visit my blog...

    ReplyDelete