Friday, January 9, 2009

DRAMA DALAM REALITI

Atas dasar kesedaran diri dan rasa simpati, terdetik di hati aku untuk berkongsi cerita bersama kalian tentang suatu tragedi yang menimpa salah seorang kenalanku. Perkongsian cerita ini bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, memburukkan keadaan yang sedia kala buruk bagi aku, akan tetapi sekadar untuk berkongsi pengajaran daripada pengalaman. Kita ambil yang jernih, buang yang keruh. Maka dengan itu, aku membuat keputusan untuk tidak mendedah dan merungkaikan segala maklumat peribadi dan jalan cerita realiti demi menjaga maruah dan kemaslahatan diri kenalanku, keluarga dan orang di sekelilingnya. Harap kalian memahami dengan keadaan ini.

Selama aku hidup hampir 24 tahun di atas muka bumi Allah ini, tidak pernah terlintas sama sekali dalam kotak akal fikiranku untuk terlibat dalam dunia kekejaman, kejahilan dan kehancuran. Ceritanya bermula dengan satu pesanan ringkas (mms) animasi kartun, yang kenyit mata dan memberi bunga, ada dalam telefon bimbit kenalanku, seorang perempuan..mms tersebut diberikan oleh kawannya, seorang lelaki untuk ending perbualan mereka melalui sms, berkaitan kerjaya masing-masing. Dengan niat yang luhur demi menjaga kepentingan dan kejayaan masing-masing, sebagai seorang sahabat, mms tersebut telah disalah-tafsirkan orang pihak ketiga. Selang beberapa hari, mungkin seminggu budak lelaki tu telah menerima panggilan daripada kenalanku, pompuan tadi tetapi suaranya telah berubah menjadi seorang lelaki, jantan gagah dah perkasa. Tanpa bertanya khabar atau permulaan yang baik, tidak semena-mena budak lelaki tadi telah dimaki hamun oleh pompuan yang bersuara jantan gagah tersebut.without his knowing bahawa kenalanku sebenarnya telah mendirikan rumah tangga, namun dirahsiakan perkahwinan yang mulia itu. Aku juga tidak mengetahui perkahwinan tersebut. Dan pompuan yang bersuara garau itu adalah suami kesayangannya.

Budak lelaki tadi tergamam. He can say nothing. Dia sendiri tidak menyangka tersepit dalam drama itu, namun ia adalah realiti. Dia cuba menerangkan perkara sebenar namun tidak diendahkan si suami tadi. Bukan cuba untuk memahami, dengar pun tidak. Ucapan kemaafan pun tidak disambut dengan tenang malah di maki-maki sehingga nak pecah gegendang telinga. Maka jalan terbaik daripada menuang minyak keatas bara, budak lelaki tu telan je la maki hamun si suami td. Di khabarkan kenalanku MC untuk 2hari, di sambung dengan AL. hampir seminggu dia cuti..SUSPICIOUS!!saat berganti saat, detik berbanti detik, hari berganti hari..seminggu telah berlalu. Budak lelaki tu cuba melupakan apa yang berlaku. Sebagai seorang sahabat aku hairan, kenapa kenalanku cuba merahsiakan perkahwinannya? Pelik tapi benar, ia benar-benar berlaku..Tragedi itu menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Di hari yang lain,tiba-tiba kenalanku memberitahu budak lelaki tersebut bahawa suaminya ingin berjumpa. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan pertemuan mereka batal. Ada hikmah disebalik kejadian. Namun atas permintaan kenalanku, atas rasa belas kasihan dan simpati, budak lelaki itu menghubungi si suami melalui telefon, untuk memohon maaf sekali lagi. Akhirnya madu yang dia bagi asid yang kau curah. Kenapa budak lelaki tu simpati?rasa belas kasihan? Sebenarnya kenalanku telah di perlakukan oleh suami kesayangannya seperti manusia yang tidak bernilai, tangan kakinya di pukul dengan kayu, badannya di pijak terajang, kepalanya bengkak, batang hidungnya patah. Apakah ini nilai kasih sayang yang cuba dibuktikan? Adakah ini cara terbaik untuk seorang suami mengajar isterinya? Selama ini, semua adegan sebegini hanya dapat dipertonton di dalam televisyen, tetapi hari ini dalam sejarah. Aku sendiri melihat kesan birat-birat, calar balar pada tangan dan betisnya. Lebih hebat daripada lakonan seorng primadona. Aku sendiri tersentuh dan bergenang juga air di mataku. Tapi siapa aku untuk campur tangan dalam rumah tangga mereka. Drama maki-makian berulang lagi antara budak lelaki dan si suami. Kali ini, si suami membuat ugutan bahawa dia boleh memberi pengajaran kepada budak lelaki itu melalui jarak jauh..katanya dia tidak heren kalau tak dapat jumpa bersemuka. Ramai kawan2nya ada disekitar yang sama. Hidup budak lelaki itu seolah2 diancam. Antara lain, dia juga boleh memaksa isterinya yang setia untuk membuat aduan polis atas tuduhan ganguan daripada budak lelaki tersebut, hanya kerana animasi flirty. Keadaan menjadi lebih komplek. Kini budak lelaki itu terpaksa bertindak menjauhkan diri daripada kenalanku. Dia sanggup ketepikan nilai persahabatan daripada menjadi punca dalam masalah rumah tangga orang lain, menjadi punca kepada kes kematian seorang yang dianggap sahabat. Nauzubillah.. Ya ALLAH, Kau jauhkan perkara yang sama daripada berulang, Kau berikanlah kesihatan yang sempurna kepada kenalanku itu. Khabarnya kini tulang dan hatinya dijangkiti kuman.

Setelah melakukan penyiasatan ke atas kes tersebut, didapati si suami sebenarnya telah berkahwin sebelum ini. Makna kata, perkahwinan kali ini adalah kali ke-2. Apa yang berlaku sepanjang perkahwinan pertama adalah kecurangan di pihak sang isteri yang cuba bermain dengan lelaki lain. Semua sedia maklum, siapa yang tak berang bila orang yang kita sayang main kayu tiga di belakang kita, apatah lagi mensia-siakan kasih sayang yang cuba kita berikan. Namun permasalahan yang berlaku sekarang adalah mungkin si suami ini meletakkan dalam kepala otaknya bahawa perempuan semua adalah sama. Jahat tetap jahat. Sekiaranya aku, mungkin kalian juga berfikir secara rasional, keadaan ini adalah tidak adil. Tidak adil sama sekali!! Lebih baik si suami tadi tidak perlu melaksanakan perkahwinan yang lain jika dia berniat untuk melepaskan dendam dan cuba untuk menyakiti mental, fizikal, jasmani dan rohani si isteri. Aku berpendirian si suami ini sebenarnya mengalami trauma dan masalah menta psikologi. Lets by gone, be by gone. Sepatutnya dia belajar dari pengalaman yang lepas, ambil iktibar dan menjadi matang dalam membuat sebarang keputusan. Ada juga kemungkinan bahawa tindakan bekas isterinya itu disebabkan sikapnya yang panas baran, dan suka bertindak mengikut emosi dan perasaan, kalah pompuan!!

Kenalanku, aku yakin bahawa dia adalah seorang wanita yang tabah menghadapi ranjau hidup yang ada pasang surutnya. Semenjak kehilangan kedua orang tuanya, dia terus berpendirian tegas dan yakin untuk meneruskan kehidupan. Kuatkan semangat untuk menghadapi segala kemungkinan ranjau dan duri. Seharusnya dia melakukan perkara yang perlu dilakukan. Sebagai seorang sahabat, aku hanya mampu mmberi pandngan dan cadangan. Jalan akhirny ditentukan oleh diri sendiri..hope yo'll get well soon..amiin. Kepada kalian, semoga pkongsian cerita ini, akan mengajar kita erti kehidupan. cuba hargai diei anda sendiri..see you next!!

4 comments:

  1. teringat kat lirik pink sober

    ...................

    when it's good, then it's good, it's so good, till it goes bad....
    Till you're trying to find the you that you once had..
    I have heard myself cry..
    Never again..
    Broken down in agony..
    And just trying to find a friend..

    SOBER

    ReplyDelete
  2. u should advise something to ur kenalan tuh.. aduan maybe kat kementerian wanita.. mmg ader khas untuk mangsa seperti dia.. tak boleh dibiarkan lelaki itu terus menjadikan dia sebagai binatang....

    ReplyDelete
  3. apa pun pengalaman u berhadapan dgn situasi ini memang memberi pengajaran dan lebih berhati2 dalam merencana apa yang kita lakukan.. moga kenalan mu itu akan menemui sinar yang tidak bertepi di kemudian hari. memang benar, sejarah telah mengajar kita pelbagai perkara, dan sejarah juga membawa kita kepada istilah FOBIA macam lelaki itu..

    ReplyDelete
  4. bob: camne i nak advive, even die sndiri pon tak mau status perkahwinannya diketahui umum.i betul2 xpaham!!y dia sanggup berhadapan ngan jantan sebegitu..orang kata pompuan ni kalo dah sayang, sayang gile tahap gaban..mgkin sanggup mati di tangan suami sendiri..indahnya cinta dia..lagi pon bob, i ni xde hak nak cmpur tangan umah tangga die..i tak nak jadi perosak umah tangga orang.i hanya mampu mmberi cadangan dan rasa simpati..tragis!!

    topec: ye, pengalaman mengajar kita erti kehidupan.menjadikan kita lebih matang untuk menempuh hari mendatang..i betul2 berharap, kenalan i akan temui jalan yang terbaik utk dirinya..InsyaAllah

    ReplyDelete