Saturday, May 21, 2011


Air mata ini adalah air mata hatiku
Air mata kesayuan, kesyahduan dan kepiluan
Air mata kasih dan sayang
Air mata segala kebencian dan kemarahan aku di atas segala kebodohan

Bodoh
kerana terlalu memperjuangkan hak yang sia-sia
Bodoh
kerana terlalu mempertahankan ikatan kita
yang sebenarnya hanya aku
Bodoh
kerana terlalu percaya dari setiap kata-kata
Bodoh
kerana terlalu percaya pada setiap lakonan kepuraan
Bodoh
kerana terlalu terdesak dan mendesak
untuk dicintai dan mencintai
Bodoh
kerana menipu, tak jujur, suka berahsia
dan segala kebodohan

Dahulu kau adalah kanan yang sering menjadi penawar
Kini kau adalah kiri yang lebih menjadi racun

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu
bagi meneruskan kehidupan dan perjuanganMu
aku wajib percaya, segala ketentuan olehMu
adalah sebaik-baiknya untuk diriku

2 comments: