Tuesday, January 27, 2009

M.A.U.T.

2009, Jan 26 - without any proper plan, aku dgn my senior, abg nazwan g ngok wayang kat jaya jusco bukit raja, klang. utk cuti weekend kali ni kerap kali kitorang lepak sama tok berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, dan lain2.. pada awalnya ramai yang nak join tp finally, kitorang je la dating berdua..yang lain suma hampeh!!jgn marah na..back to the main story, kitorang mmg plan nak ngok cite M.A.U.T., cerita baru arahan Bade Hj Azmi. permulaan cerita dah menggempakkan para penonton dgn bacaan ayat2 suci Al-Quran Al-Karim bserta terjemahannya yang mngisahkan tntg kematian..mungkin banyak kontradiksi antara aku ngan kawan aku yang lain, di mana pada mata mereka perjalanan cerita itu agak terabur dan tak best!!tapi pada PANDANGAN AKU, cerita tu mmg BAGUS + BEST!!aku juga berpandangn filem kita skang telah banyak berubah dan lebih maju kehadapan dengan adanya cerita2 sebegini (bukan lagi kisah cinta, durhaka sana, sini). walau bagaimanapun aku tidak boleh menafikan pandangan setiap individu kerana masing2 mmpunyai penilaian tersendiri.. MAUT, mempunyai 3 cerita dalan 1 cerita. PANDANGAN AKU, pengarah cuba mmbawa mesej yang sgt mulia, menyampaikan dakwah melalui filem berbau keinsafan, mengingatkan kita tentang kematian akan tiba kepada setiap makhluk Allah dan setiap daripada kita perlu bersedia untuk menghadapi saat2 kematian itu..

cerita pertama mengisahkan tentang petanda yang telah diberikan oleh bakal si mati tntang hari kematiannya nnti, namun petanda itu tidak dapat di fahami oleh pihak2 lain..keseksaan individu yang tidak bersalah dalam menghadapi kematiannya, menjadi mangsa rogol dan bunuh.. cerita kedua cuba membawa mesej kesedaran bahawa setiap amalan baik dan buruk kita akan dihitungkan satu per satu walau sekecil zarah sekali pun..dalam perhitungan itu, balasan Allah boleh tiba sekelip mata tidak lama selepas kejadian..Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas seluruh alam..Allahu Akbar!!episod ini juga menunjukkan kasih sayang dan cinta-Nya Allah kepada makhluk-Nya,di berikan hidayah tak kala azan sedang berkumandang, diberi kehidupan yang baru, kehidupan kedua setelah separuh mati iaitu koma..ditayangkan juga visual siksaan di alam koma, gambaran untuk menjadi teladan dan pengajaran..Na'uzubillah!!cerita ketiga, membawa mesej yang amat memilukan saat kematian menjelma, akibat terlalu alpa dengan hiburan dunia, tidak menjaga hubungan baik sesama manusia semasa hidupnya, tidak percaya kepada kitab suci dan kuasa Allah, kematian hadir dengan cara yang amat mengerikan..sehingga tanah tidak menerima jasad tak kala hendak dikebumikan..apakah ini ujian Allah kepada si mati dan keluarga?di tonjolkan pelbagai dugaan dan ujian dalam usaha menyempurnakan jenazah..Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lag Maha Penyayang..

secara keseluruhan, aku boleh berikan filem ini stars almost 4 over 5..kepada kalian yang belum menonton, jangan ketinggalan untuk merebut peluang bagi mengambil iktibar dan pengajaran untuk diri kita sendiri secara khasnya..sejahat mana pon kita, seburuk mana kita, perlu ingat bahawa Islam itu agama yang sempurna, tidak menyusahkan dan kita pula jgn memudahkannya, Islam tidak meletakkan sebarang paksaan namun, kita yang waras dan matang seharusnya dapat memikirkan antara intan dan permata, hak dan batil, baik dan buruk seumpamanya..Islam sentiasa memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki segala kelemahan. Hablum minannas, wa Hablum minallah..sesunguhnya yang baik dan sempurna itu datang dari Allah s.w.t dan yang lemah itu, datang dari kelemahan diri ini. aku mengingtkan kepada diri aku sendiri secara khasnya..tahniah kepada pengarah, para pelakon, ahli produksi yang telah menjayakan filem ini..semoga kalian dirahmati..amiin


insan,

Wednesday, January 14, 2009

SUATU PENGORBANAN

dalam perjalanan kehidupan kita seharian, banyak yang perlu kita korbankan untuk memiliki apa yang kita kehendaki..tidak kira lah ia berbentuk material, kepuasan, manusia, duit dan sebagainya..namun,pengorbanan ini tidak semudah yang disangka..apa yang ingin aku kongsikan dgn kalian pada kali ini adalah pengorbanan mereka, mgkn ibu bapa, remaja yang bkerjaya dan mereka2 yang lain dalam berjuang mencari rezeki setiap hari..alkisahnya bermula..terdetik dihati aku untuk berkongsi pengalaman bersama kalian tentang perkhidmatan awam di negara kita, especially train KTM (aku salah seorang pengguna juga customer)..inilah pengorbanan mereka dalam mencari rezeki untuk membesarkan anak2, menyara ibu bapa dan untuk menanggung perbelanjaan diri sendiri.can u imagine, penumpang bersesak2an antara satu sama lain dalam masa satu jam parjalanan. from my station till my destination station,its about 13 stations and it take bout 1 hour..memang penat berdiri beb..if i got a seat, means i was lucky la..dats why, bulan ramadhan yang lepas, hampir setiap hari ada penumpang yang nak pengsan, mungkin kekurangn oksigen..aku rasa, tidak patut aku menyalahkan penumpang2 ini yang suka naik public transport, we paid and we deserve for safety and comfortable place..to make it short,i attach the images..dengan sajian gambar2 berikut, korang fikir lah sendiri...

after a few stations i broad in -SA-

next station, subang jaya..ramai yg kuar, ramai jg yg masuk..

station setia jaya, push push!!!!!

after station dato' harun

those yg dapat seat, lena dibuai mimpi

pantai dalam..ada penumpang yang xdpt masuk train
wait for the next train lorrr

before sampai KL Central

keadaan selepas ramai turun kat KL Central

tingkatkan mutu perkhidmatan negara kita, MALAYSIA!!!MALAYSIA BOLEH!!

Sunday, January 11, 2009

"HOUSEKEEPING"

SEMENJAK DUA MENJAK NI, AKU SELALU RASA DOWN SANGAT..NI SUME KERNA TERLALU MENGIKUT HATI DAN PERASAAN..SEBAB APA, BIARLAH IA MENJADIKAN RAHSIA PERIBADI AKU BERSAMA PIHAK2 TERTENTU..TAK KALA AKU CUBA MELUPAKAN SEMUA PERKARA, IA DATANG KEMBALI SEGAR DI DALAM FIKIRAN AKU..KEADAAN MENJADI TIDAK TENANG DAN AKU RIMAS, KEBINGUNGAN..HAMPIR SATU MINGGU IA MENGGANGGU AKAL FIKIRAN, HATI DAN PERASAANKU..INI LAH PERJALANAN HIDUP MANUSIA YANG ADA PASANG SURUTNYA..CUTI MINGGU KALI NI,AKU NJOY BERSAMA KAKAK2, ADIK2, ABANG2 AND KENGKAWAN SEC 8.G DINNER SAMA, KARAOKE,N NJOY DA NITE!!THEN AKU GAK TOLONG AIDIL, KAWAN SEDEKAD AKU ANGKUT BARANG PINDAH UMAH DR SUBANG KE KLANG..ALMAKLUMLAH, SEMINGGU BARU KERJA DAH 4 X DATANG LEWAT..CAMNE TUE AIDIL..ITS OK, BARU NAK HIDUP BEKERJAYA SEBAGAI PENDIDIK ANAK BANGSA..AIDIL, WISH U GOOD LUCK, ALL THE BEST..SUASANA GEMBIRA BERSAMA KENGKAWAN AT LEAST DAPAT MENGURANGKAN KEKUSUTAN DALAM KEPALA OTAK AKU NI..BILA AKU GELAK, AKU RASA PUAS!!..DAPAT MELUPAKAN NYA!WALAUPUN SUSAH UNTUK FIZIKAL AKU BERLAWAN DENGAN PERASAAN N EMOSI..MENERUSKAN USAHA UNTUK MENSTABILKAN JIWA AKU, AKU BUAT HOUSEKEEPING KAT BILIK AKU..SEHARIAN AKU GELEDAH SUMA BARANG DALAM BILIK..ANGKUT KELUAR, SAPU SEGALA, KEMUDIAN KEMAS BALIK DALAM BILIK..UBAH LA POSISI BARANG2 TERTENTU..SEMOGA SUASANA BARU DALAM BILIK NI MMBERI AKU KETENANGAN DAN ILHAM YANG BARU..HUHU ;o) NI AKU KONGSI NGAN KORANG BILIK AKU YANG BARU..SAPE MEMBER2 AKU YANG PENAH DATANG UMAH, TAHU LA PERUBAHANNYA..NJOY DA PICS..










REGARDS,
-IZFAIEZ-

Saturday, January 10, 2009

TEMA kali ini - HARAPAN -

doaku agar kau kan selalu bahagia
agar kau temui insan tulus menyayangi mu
lepaskanlah diriku kerna keredhaan mu
bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa
ku tinggalkan memori bersamamu
ku undur diri bersama harapan

tidak kesampaian cinta kita
ku bawa harapan ku pendam rahsia
ku di kejauhan mendoakan
agar kau bahgia tiada lagi duka
daku rela mengundur diri
ku pasti dikau kan fahami

tiada penyesalan kasihku korbankan
andai tlah tertulis ku terima
ini bukannya ku pinta
pergilah dikau diiringi keikhlasanku
cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku
ku tinggalkan memori bersamamu
ku undur diri bersama harapan

Friday, January 9, 2009

DRAMA DALAM REALITI

Atas dasar kesedaran diri dan rasa simpati, terdetik di hati aku untuk berkongsi cerita bersama kalian tentang suatu tragedi yang menimpa salah seorang kenalanku. Perkongsian cerita ini bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, memburukkan keadaan yang sedia kala buruk bagi aku, akan tetapi sekadar untuk berkongsi pengajaran daripada pengalaman. Kita ambil yang jernih, buang yang keruh. Maka dengan itu, aku membuat keputusan untuk tidak mendedah dan merungkaikan segala maklumat peribadi dan jalan cerita realiti demi menjaga maruah dan kemaslahatan diri kenalanku, keluarga dan orang di sekelilingnya. Harap kalian memahami dengan keadaan ini.

Selama aku hidup hampir 24 tahun di atas muka bumi Allah ini, tidak pernah terlintas sama sekali dalam kotak akal fikiranku untuk terlibat dalam dunia kekejaman, kejahilan dan kehancuran. Ceritanya bermula dengan satu pesanan ringkas (mms) animasi kartun, yang kenyit mata dan memberi bunga, ada dalam telefon bimbit kenalanku, seorang perempuan..mms tersebut diberikan oleh kawannya, seorang lelaki untuk ending perbualan mereka melalui sms, berkaitan kerjaya masing-masing. Dengan niat yang luhur demi menjaga kepentingan dan kejayaan masing-masing, sebagai seorang sahabat, mms tersebut telah disalah-tafsirkan orang pihak ketiga. Selang beberapa hari, mungkin seminggu budak lelaki tu telah menerima panggilan daripada kenalanku, pompuan tadi tetapi suaranya telah berubah menjadi seorang lelaki, jantan gagah dah perkasa. Tanpa bertanya khabar atau permulaan yang baik, tidak semena-mena budak lelaki tadi telah dimaki hamun oleh pompuan yang bersuara jantan gagah tersebut.without his knowing bahawa kenalanku sebenarnya telah mendirikan rumah tangga, namun dirahsiakan perkahwinan yang mulia itu. Aku juga tidak mengetahui perkahwinan tersebut. Dan pompuan yang bersuara garau itu adalah suami kesayangannya.

Budak lelaki tadi tergamam. He can say nothing. Dia sendiri tidak menyangka tersepit dalam drama itu, namun ia adalah realiti. Dia cuba menerangkan perkara sebenar namun tidak diendahkan si suami tadi. Bukan cuba untuk memahami, dengar pun tidak. Ucapan kemaafan pun tidak disambut dengan tenang malah di maki-maki sehingga nak pecah gegendang telinga. Maka jalan terbaik daripada menuang minyak keatas bara, budak lelaki tu telan je la maki hamun si suami td. Di khabarkan kenalanku MC untuk 2hari, di sambung dengan AL. hampir seminggu dia cuti..SUSPICIOUS!!saat berganti saat, detik berbanti detik, hari berganti hari..seminggu telah berlalu. Budak lelaki tu cuba melupakan apa yang berlaku. Sebagai seorang sahabat aku hairan, kenapa kenalanku cuba merahsiakan perkahwinannya? Pelik tapi benar, ia benar-benar berlaku..Tragedi itu menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Di hari yang lain,tiba-tiba kenalanku memberitahu budak lelaki tersebut bahawa suaminya ingin berjumpa. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan pertemuan mereka batal. Ada hikmah disebalik kejadian. Namun atas permintaan kenalanku, atas rasa belas kasihan dan simpati, budak lelaki itu menghubungi si suami melalui telefon, untuk memohon maaf sekali lagi. Akhirnya madu yang dia bagi asid yang kau curah. Kenapa budak lelaki tu simpati?rasa belas kasihan? Sebenarnya kenalanku telah di perlakukan oleh suami kesayangannya seperti manusia yang tidak bernilai, tangan kakinya di pukul dengan kayu, badannya di pijak terajang, kepalanya bengkak, batang hidungnya patah. Apakah ini nilai kasih sayang yang cuba dibuktikan? Adakah ini cara terbaik untuk seorang suami mengajar isterinya? Selama ini, semua adegan sebegini hanya dapat dipertonton di dalam televisyen, tetapi hari ini dalam sejarah. Aku sendiri melihat kesan birat-birat, calar balar pada tangan dan betisnya. Lebih hebat daripada lakonan seorng primadona. Aku sendiri tersentuh dan bergenang juga air di mataku. Tapi siapa aku untuk campur tangan dalam rumah tangga mereka. Drama maki-makian berulang lagi antara budak lelaki dan si suami. Kali ini, si suami membuat ugutan bahawa dia boleh memberi pengajaran kepada budak lelaki itu melalui jarak jauh..katanya dia tidak heren kalau tak dapat jumpa bersemuka. Ramai kawan2nya ada disekitar yang sama. Hidup budak lelaki itu seolah2 diancam. Antara lain, dia juga boleh memaksa isterinya yang setia untuk membuat aduan polis atas tuduhan ganguan daripada budak lelaki tersebut, hanya kerana animasi flirty. Keadaan menjadi lebih komplek. Kini budak lelaki itu terpaksa bertindak menjauhkan diri daripada kenalanku. Dia sanggup ketepikan nilai persahabatan daripada menjadi punca dalam masalah rumah tangga orang lain, menjadi punca kepada kes kematian seorang yang dianggap sahabat. Nauzubillah.. Ya ALLAH, Kau jauhkan perkara yang sama daripada berulang, Kau berikanlah kesihatan yang sempurna kepada kenalanku itu. Khabarnya kini tulang dan hatinya dijangkiti kuman.

Setelah melakukan penyiasatan ke atas kes tersebut, didapati si suami sebenarnya telah berkahwin sebelum ini. Makna kata, perkahwinan kali ini adalah kali ke-2. Apa yang berlaku sepanjang perkahwinan pertama adalah kecurangan di pihak sang isteri yang cuba bermain dengan lelaki lain. Semua sedia maklum, siapa yang tak berang bila orang yang kita sayang main kayu tiga di belakang kita, apatah lagi mensia-siakan kasih sayang yang cuba kita berikan. Namun permasalahan yang berlaku sekarang adalah mungkin si suami ini meletakkan dalam kepala otaknya bahawa perempuan semua adalah sama. Jahat tetap jahat. Sekiaranya aku, mungkin kalian juga berfikir secara rasional, keadaan ini adalah tidak adil. Tidak adil sama sekali!! Lebih baik si suami tadi tidak perlu melaksanakan perkahwinan yang lain jika dia berniat untuk melepaskan dendam dan cuba untuk menyakiti mental, fizikal, jasmani dan rohani si isteri. Aku berpendirian si suami ini sebenarnya mengalami trauma dan masalah menta psikologi. Lets by gone, be by gone. Sepatutnya dia belajar dari pengalaman yang lepas, ambil iktibar dan menjadi matang dalam membuat sebarang keputusan. Ada juga kemungkinan bahawa tindakan bekas isterinya itu disebabkan sikapnya yang panas baran, dan suka bertindak mengikut emosi dan perasaan, kalah pompuan!!

Kenalanku, aku yakin bahawa dia adalah seorang wanita yang tabah menghadapi ranjau hidup yang ada pasang surutnya. Semenjak kehilangan kedua orang tuanya, dia terus berpendirian tegas dan yakin untuk meneruskan kehidupan. Kuatkan semangat untuk menghadapi segala kemungkinan ranjau dan duri. Seharusnya dia melakukan perkara yang perlu dilakukan. Sebagai seorang sahabat, aku hanya mampu mmberi pandngan dan cadangan. Jalan akhirny ditentukan oleh diri sendiri..hope yo'll get well soon..amiin. Kepada kalian, semoga pkongsian cerita ini, akan mengajar kita erti kehidupan. cuba hargai diei anda sendiri..see you next!!

Thursday, January 8, 2009

PeRNaNTiaN iTu ..........

i feel uneasy and uncomfortable today..mungkin juga mengalami kemurungan sepanjang hari bekerja..hakhak2!sume ni gara2 mgikut emosi dan perasaan..haaa,as a human being it's normal..cuma aku ni la kena buat pertimbangan secara waras..berasaskan akal,TAPI ni melibatkan soal perasaan..is it obvious?i really not sure..until on the way going back from the office,my colleague asked me, you look sad, even bad,why?ha?!i was surprising..i was shocking..i cannot give the answar..betul la, im sad..kat ofis aku ckp sorang2, berangan, merapu, call my best friend to express my feel..

Since i've my own blog, aku rajin la baca blog kawan2 aku or any else..kononya mencari ilham, berkongsi pengalaman etc bla bla..dalam mmbuka blog orang lain atas blog orang lain,aku terjumpa blog seseorag,DIA..ermm kitorang penah kenal when i was studying at UKM..dihari perkenalan lagi, i think we can jive each other..on that time kitorang mesra la atas dasar persahabatan..although kitorang jarang jmpa, tapi bila dah jmpa tu, meriah jugak la akt nya,g ngok wayang, layan teater, lepak makan sama..makna kata best la.. lama kelamaan, perasaan aku berubah, ingin lebih daripada nilai persahabtan..tapi aku tak tahu di pihak dia..daripada msg nye kadang2 membuat aku bermain dgn persaan..susah nak di ramal..susah juga nak diduga..aku pon kadang xpaham, die never reply my msg, sumtimes inform aku akt die, penah jgk panggil sayang, penah jgk ko kau..aku dalam kebingungan @#$%&*

tipu la dalam keadaan mcm tu, aku xkisah..sure i felt uncomfortable..seriously, i curious..i noticed, bila aku ajak keluar dia jarang bersetuju..hati aku mgkn berkata, juz alasan ke apa..tapi mungkin gak betul dia ada hal..sehinggakan aku beritahu die, mcm aku je yang terhegeh2 pada die..malu beb!!actly perkara nya kecil tp bila ia melibatkan hati dan perasaan ia akn menjadi besar kerana penglibatan pihak ketiga iaitu EMOSI..yes, aku mmg suka die..aku tak malu utk mengaku..cuma aku sukar untuk mghadapi kenyataan bahawa hanya aku je bertepuk sebelah tangan..cmne tue..skang dah 2tahun kitorang berkenalan..masih ada harapan dan penantian..persahabatn yang terjalin ada pasang surutnya..cite terbaru dia dah ada pasangan hidup..aku betul2 tersentak.but i've to accept this fate..yang aku pelik, kenapa dia suka menveritakan tentang kekasihnya pada aku..memang rasa sedih..apa yang cuba die lakukan..menguji?nak jeleskan aku yang penah terhegeh2 pada die?wat else..aku xrasa ada positif kat situ..tapi bila aku fkr balik, mgkn dia juz nak berkongsi cerita and the happiness dgn aku..mgkn aku adalah yang terbaik untuk mendgr luahan isi hati die..ye,mgkn..segalanya mungkin..the latest, dia ada nak ajak aku ngok wayang..die bg aku msg tapi aku xsedar my hp was silent..keadaan sebenarnya, dia nak ajak aku ngok wayang sebab sementara menunggu kehadiran partner die dari jauh..meskipon begitu, aku tak boleh la nak suspicious ngan die..mgkn niatnye sebenarnya baik, to replace my request ari tu nak kua sama...

berbalik kepada cerita blog die, aku dah baca serba sedikit (perlu dirahsiakan url blog tersebut)..aku betul2 tumpang bahagia di atas kebahagiaan yang dia ada skang..im happy for you my dear,even im sad..sebab aku suka dia..tp tidak pada die,umpama ada dalam tiada..yang aku tak sangka, memag aku menangis baca blog tue..even skang pon im still feeling dat..kebahagiaan yang cuba aku dapatkan daripada dia, tapi dimiliki oleh oang lain..FAIZ,INI ADALAH KETENTUAN..hakikat kehidupan aku yang telah ditetapkan..seharian aku geledah blog die..dalam keadaan yang sayu, bg mengurangkan rasa tekanan jiwa,aku cuba berkongsi cerita dgan kawan2ku yang cukup memahami..thanks dude!!

BETUL!!xsalah aku menyukai dia, xsalah jugak aku menyayangi dia..kerana suka+kasih+sayang dan cinta itu,dicipta oleh Tuhan, dicampakkan ke dalam setiap hati makhluk yang bergelar manusia..cuma aku kena faham CINTA ITU TIDAK BOLEH DIPAKSA..aku boleh menyukai orang lain, tetapi jgn cuba memaksa orang lain untuk menyukai diri aku..aku juga kena belajar untuk memberi tanpa sebarang balasan..meletakakkan sebarang harapan tidak menjadi permasalahan dalam kehidupan..namun apabila terlalu berharap, itu yang akan mengundang kekecewaan..salah seorang ahli falsafah pernah merungkai kata "AKAR KEHAMPAAN DAN KEDUKAAN ADALAH HARAPAN".. a little girl thought that LOVE MEANS LETTING GO..if dia doesn't like me, it doesn't mean die does hate me..kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup lebih baik daripada aku kehilangan dia..friend forever..

p/s belajar untuk menghargai diri sendiri


Tuesday, January 6, 2009

- JUBLI EMAS BIRTHDAY EMAK "50 -

27 Dec 2008 - kitorang adik beradik arranged special birthday party for our beloved mama..16 Dec 2008, genap umur mak 50 tahun.."mak, selamat panjang umur.. semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang sejahtera..semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan emak, diberi pelindungan, dikurniakan kesejahteraan dah kebahagiaan hidup. God blees you".the celebration had been held at TASIK IDAMAN, bangi lama..ni 2nd time we,whole family had celebration at tasik idaman..why did we choose here becoz tempat dia yang best gile, ada tasik buatan..so udara memang nyaman..lebih2 lagi bila waktu malam..kawasan tu dterangi dengan cahaya lampu neon yang colourful..ada gak tempat makan atas tasik, tapi disebabkan ada baby,my nieces n my nephews masih kecik, kitorang dok bawah bumbung (proper seat for family)..we were lucky coz on that day ada final karaoke bintang kecil + remaja anjuran tasik idaman..so, suasana menjadi lebih meriah sempena hari jadi emak..kat situ ada DJ yang agak profesional, suara sedap (sesuai jd DJ r), tidak mmbosankan,then pengunjung blh menghantar sms untuk sebarang ucapan..my brother in law, abg syah took this opportunity & sent the msg, wish tok mak sempena hari jadi..ayah, anak2, menantu (3 orang), cucu (5 0rang), semua sayangkan mak..WE LOVE YOU SO MUCH!!then DJ tue pn pasang lagu "Allah Selamatkan Kamu"..i was touched..rasa nak nangis.terharu gembira..kitorang kat sana hampir 4 jam,7-10pm..hope, semua puas hati ngan hidangan die yang tip top, hiburan yang mmberangsangkan, udara yang segar..haha..some of the great memories:
















IBU BERGENANG AIR MATAKU..TERBAYANG WAJAHMU YANG REDUP SAYU..KUDUSNYA KASIH YANG ENGKAU HAMPARKAN..BAGAIKAN LAUT YANG TAK BERTEPIAN..BIAR PUN KEPAHITAN TELAH ENGKAU RASAKAN..TIDAK PUN KAU MERASA JEMU..MENGASUH DAN MENDIDIK KAMI SEMUA ANAKMU..DARI KECIL HINGGA DEWASA..HIDUPMU KAU KORBANKAN..BIAR PUN DIRIMU YANG TELAH TERKORBAN..TAK DAPAT KUBALASI..AKAN SEMUA INI..SEMOGA TUHAN MEMBERKATI KEHIDUPANMU IBU..IBU KAU AMPUNILAH DOSAKU..ANDAINYA PERNAH MENGHIRIS HATIMU..RESTUMU YANG AMAT AKU HARAPKAN..KERANA DI SITU LETAK SYURGAKU..TABAHNYA KAU MELAYANI KENAKALAN ANAKMU..MENGAJAR ERTI KESABARAN..KAU BAGAIKAN PELITA DIKALA AKU KEGELAPAN..MENYULUH JALAN KEHIDUPAN..KASIH SAYANGMU SUNGGUH BERNILAI..ITULAH HARTA YANG KAU BERIKAN..KASIHANILAH TUHAN..IBU YANG TELAH MELAHIRKAN DIRIKU..BAGAI KASIH IBU SEWAKTU KECILKU..MOGA BAHAGIA IBU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT SANA..