Saturday, February 14, 2009

dARi aKKu unTuK Aku

"mengapa perlu aku menyingkap novel lama
aku dan dia
meskipun antara kita, realiti kini aku adalah aku
dia adalah dia
menghargai kasih sayang orang adalah lebih baik
daripada menagih kasih sayang
keindahan hidup di dunia ini akan dapat dirasai
bila manusia tahu erti menghargai
kau dan aku, kita sama
kau dan aku adalah berbeza
manusia yang seringkali berkata dengan hati
bisa mengungkap lafaz dan bicara
sukar ditafsir dan dibaca dengan pancaindra mata
namun ia difahami dengan renungan mata hati
kadang-kadang orang yang paling kita sayang
adalah orang yang paling susah untuk kita sayang
sehari bersama dengan orang yang kita sayang
adalah lebih bermakna daripada seumur hidup
bersama dengan orang yang tidak kita sayang
aku merasakan kepedihan kerana hati hidup dalam mimpi
aku menjadi penjasad cinta yang mati
tapi tidak, dari saat ini aku telah sadar
aku merasakan kegembiraan kerana dunia ini masih berterusan
kerana aku masih ada harapan"

1 comment:

  1. kau adalah lebih kuat daripada apa yang kau sangka.. kau adalah lebih cekal daripada apa yang kau duga.. nasihat tentang cinta sering menjadi madah buat teman mu ini.. maka, aku percaya.. laksana dewa cinta yang sentiasa mekar di hati.. kau akan terus berdiri...

    -teman-

    ReplyDelete