Saturday, February 20, 2010

Jemputan

Aku : salam..jemput datang rumah pada sekian tarikh, sekian masa..ada buat makan-makan kecil-kecilan

Pn A : kenapa tak ajak dia tue, dia ni, kan kenal..sedara mara sume

Aku : ni bukan majlis besar, kecil-kecilan je..takde la nak jumput sampi 100 orang

Saudari : ermm, oohh tak ajak semua ke? ermmm, xpe la..

En A : apa ni, apa tue (sambil tunjuk makanan). awak ni, bagi la makanan yang tak pelik..semua orang tau tue boleh makan

Aku : *tingtong *pitam


aku tak faham, sesetengah orang ni susahnye nak diberi jemputan makan..jemput untuk makan je..bukan suruh rewang ke, basuh pinggan ke, masak ke..JUZ datang dan MAKAN jer..susah ke??macam ni la, lain kali ..............

Friday, February 19, 2010

keRINDUan

sujud aku, sujud kesyukuran
pemberian kekuatan hati dan perasaan
perasaan RINDU yang Kau campakkan dalam diri ini
RINDU satu penganugerahan
RINDU satu penghargaan
RINDU menghargai suatu perhubungan
RINDU ku kerna kasih sayangku
RINDU dilanda tsunami tak kala kau hilang dari pandangan
kau sepi dari sebarang perkhabaran
terkadang
dugaan melanda melalui rasa RINDU
RINDU satu ujian
RINDU membuatkan aku hilang pertimbangan
RINDU membuatkan aku hilang kewarasan
walau apa yang terjadi
yang aku tahu RINDU ini akak kekal bersamamu nyawaku
RINDU itu kebahagiaan

Thursday, February 18, 2010

~ INSTINCT ~

naluri..kata hati..intuisi
aku percaya akan kewujudan ia
aku juga percaya kekuatan kata hati
yang wujud dalam diri aku
namun, tidak semudah itu untuk aku membuat tuduhan palsu
jatuh hukum mengikut emosi dan nafsu
walaupun ada yang menafikan kekuatan kata hati aku
katanya ia mungkin secara kebetulan
tidak aku nafikan
mungkin ia
hari ini aku berasa kau juga mempunyai kekuatan kata hati
kau dapat rasakan apa yang aku rasa
aku cuba nafikan
tapi......
itu dia kata hati
ia menjadi kuat kerana dua hati telah menjadi satu


nota kaki: bila hati telah berkata......

Wednesday, February 3, 2010

Bengang, Bengong & Bangang

Entry kali ini, bukan mengisahkan nilai persahabatan antara 3 orang kawan iaitu Bengang, Bengong dan Bangang!!tapi cerita ini mengisahkan aku, apa yang aku lalui kebelakangan ini..dan title entry di atas, aku tujukan untuk persaan aku dan diri dia, dia dan dia!!orang kata, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. demikian ada sebab kenapa aku rasa bengang!!the reasons are:

Pertama : Orang yang aku hormat dan respect..tapi aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia agak moody dengan aku..aku pun tak sedar apa masalah yang tlh aku lakukan terhadap dia, atau mungkin dia rasa aku bermasalah pada dia..teringat satu cerita, dia minta aku jelaskan suatu perkara kerana ingin tahu kenapa, namun aku mengambil keputusan untuk tidak bercerita kerna ia melibatkan hal peribadi dan aku rasa tak mungkin untuk berkongsi cerita tersebut..mungkin kerana itu, rasa dirinya tidak dipercayai dan ego, ia dijadikan sandaran untuk aku diperlakuakan sedemikian. keadaan ini menyebabkan aku menjadi tidak keruan, dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang selesa. Kalau mengikut kata kehendak dia, mustahil bagi aku untuk membuka pekung di dada..it couldn't be happen. Ada peristiwa lain, tindakan aku untuk tujuan membantu telah disalahtafsirkan, aku digelar PENCURI, PEROMPAK dan boleh jadi PEMBUNUH..sebagai seorang yang bertanggungjawab, i have explained my reasons and intention , but it seems like dia tidak boleh menerima penerangan aku.so, what should i do,menyembah??berampun?? Jalan penyelesaiannya, aku tidak perlu mengikut semua kehendak orang, mustahil aku boleh memuaskan hati semua orang..kaaannn??

Kedua: Dengan peristiwa yang berlaku di atas, aku merasakan ada segelintir rakan - rakan yang sedang bertepuk tangan kegembiraan dengan apa yang sedang aku lalui..hampir seminggu aku mendiamkan diri dan tidak mendapat layanan seperti hari-hari biasa..semua ini disebabkan wujud persaingan antara kami semua. Maka bermula dari hari ini, aku belajar untuk menjadi seorang yang pandai bercerita, bercerita hanya perkara yang perlu dan menjadi seorang yang pandai menjaga rahsia, tidak perlu aku ceritakan pada mereka..pernah berlaku sebelum ini, kerana terlalu percaya dan bersangka baik terhadap rakan- rakan, aku berkongsi cerita mengenai rancangan aku kepada mereka..kesannya, seorang daripada mereka cuba cross line, merosakkan rancangan aku..aku terima ia sebagai suatu cabaran. Bila mana wujud persaingan antara satu sama lain, maka ada yang cuba wujudkan penyingkiran dalam persaingan mereka..macam “The Biggest Loser” katanya kaannn.. i learnt something from this situation, jangan terlalu jujur untuk menceritakan setiap perkara kepada orang lain, dan bila mana wujud persaingan, jangan terlalu berbaik sangka terhadap semua ..sorry to say guys!!!

Ketiga : memang kelemahan aku kerana terlalu mudah untuk bercerita segala pengalaman, masalah dan sebagainya kepada orang lain..but it past!!daripada keadaan itu, i noticed that, ada yang boleh menjadi good listener, pendengar setia, simpati, good advicor..unfortunately, sukar untuk aku berjumpa dengan seorang yang bersifat simpati dan empati..empati, kedaan di mana kita meletakkan diri kita di pihak dia, orang yang sedang menghadapi masalah..keadaan ini terkadang menyebabkan aku lebih tertekan..inilah ujian..

segala yang telah berlaku, aku bukukan di dalam helaian sejarah hidup dan aku percaya ia adalah pengalaman yang mematangkan hidup aku..Amiin