Wednesday, February 3, 2010

Bengang, Bengong & Bangang

Entry kali ini, bukan mengisahkan nilai persahabatan antara 3 orang kawan iaitu Bengang, Bengong dan Bangang!!tapi cerita ini mengisahkan aku, apa yang aku lalui kebelakangan ini..dan title entry di atas, aku tujukan untuk persaan aku dan diri dia, dia dan dia!!orang kata, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. demikian ada sebab kenapa aku rasa bengang!!the reasons are:

Pertama : Orang yang aku hormat dan respect..tapi aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia agak moody dengan aku..aku pun tak sedar apa masalah yang tlh aku lakukan terhadap dia, atau mungkin dia rasa aku bermasalah pada dia..teringat satu cerita, dia minta aku jelaskan suatu perkara kerana ingin tahu kenapa, namun aku mengambil keputusan untuk tidak bercerita kerna ia melibatkan hal peribadi dan aku rasa tak mungkin untuk berkongsi cerita tersebut..mungkin kerana itu, rasa dirinya tidak dipercayai dan ego, ia dijadikan sandaran untuk aku diperlakuakan sedemikian. keadaan ini menyebabkan aku menjadi tidak keruan, dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang selesa. Kalau mengikut kata kehendak dia, mustahil bagi aku untuk membuka pekung di dada..it couldn't be happen. Ada peristiwa lain, tindakan aku untuk tujuan membantu telah disalahtafsirkan, aku digelar PENCURI, PEROMPAK dan boleh jadi PEMBUNUH..sebagai seorang yang bertanggungjawab, i have explained my reasons and intention , but it seems like dia tidak boleh menerima penerangan aku.so, what should i do,menyembah??berampun?? Jalan penyelesaiannya, aku tidak perlu mengikut semua kehendak orang, mustahil aku boleh memuaskan hati semua orang..kaaannn??

Kedua: Dengan peristiwa yang berlaku di atas, aku merasakan ada segelintir rakan - rakan yang sedang bertepuk tangan kegembiraan dengan apa yang sedang aku lalui..hampir seminggu aku mendiamkan diri dan tidak mendapat layanan seperti hari-hari biasa..semua ini disebabkan wujud persaingan antara kami semua. Maka bermula dari hari ini, aku belajar untuk menjadi seorang yang pandai bercerita, bercerita hanya perkara yang perlu dan menjadi seorang yang pandai menjaga rahsia, tidak perlu aku ceritakan pada mereka..pernah berlaku sebelum ini, kerana terlalu percaya dan bersangka baik terhadap rakan- rakan, aku berkongsi cerita mengenai rancangan aku kepada mereka..kesannya, seorang daripada mereka cuba cross line, merosakkan rancangan aku..aku terima ia sebagai suatu cabaran. Bila mana wujud persaingan antara satu sama lain, maka ada yang cuba wujudkan penyingkiran dalam persaingan mereka..macam “The Biggest Loser” katanya kaannn.. i learnt something from this situation, jangan terlalu jujur untuk menceritakan setiap perkara kepada orang lain, dan bila mana wujud persaingan, jangan terlalu berbaik sangka terhadap semua ..sorry to say guys!!!

Ketiga : memang kelemahan aku kerana terlalu mudah untuk bercerita segala pengalaman, masalah dan sebagainya kepada orang lain..but it past!!daripada keadaan itu, i noticed that, ada yang boleh menjadi good listener, pendengar setia, simpati, good advicor..unfortunately, sukar untuk aku berjumpa dengan seorang yang bersifat simpati dan empati..empati, kedaan di mana kita meletakkan diri kita di pihak dia, orang yang sedang menghadapi masalah..keadaan ini terkadang menyebabkan aku lebih tertekan..inilah ujian..

segala yang telah berlaku, aku bukukan di dalam helaian sejarah hidup dan aku percaya ia adalah pengalaman yang mematangkan hidup aku..Amiin

Tuesday, January 19, 2010

aku tahu..aku tahu..

aku tahu aku besoo
orang kata makin membesar
hakikatnya, usia aku semakin meningkat
ye!!betul lah aku makin membesar
orang tanya kenapa makin ke hadapan??
aku tahu semua orang maju ke hadapan
mustahil ada yang berjalan ke depan
melangkah ke belakang
perkara yang lama kita tinggalkan
jadikan kenangan, suatu pembelajaran dan pengalaman
fitrahnya, semua orang mengkehendaki kemajuan di hadapan
aku tahu aku ke depan
sebenarnya orang cakap, orang tanya
kenapa aku gemok, boroi dan besar dan besar??
aku tahu sebab IA LAMBANG KEBAHAGIAAN
;) thanks dear

Wednesday, January 13, 2010

Nilaikan Nilai

Dalam keadaan sayu dan hiba 2 hari ini, aku terjemput untuk menulis entry berkaitan NILAI. Harian Metro semalam dan hari ini masih melaporkan berita yang sama mengenai "Buang Bapa". Tersentuh hati bila aku baca berita tersebut. Apakah yang cuba dibuktikan, kuasa??kekayaan??kekuatan?? Sedih rasanya bila anak bangsa dan agama kita sanggup berbuat demikan. Tergamak seorang anak yang telah dibesarkan dengan cukup kasih sayang, pelajaran tambahan dibekalkan harta sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk dan keji bagi aku ke atas seorang yang bergelar bapa, ayah kandung dan sealiran darah daging.

Di mana letaknya sifat perikemanusiaan dan kasih sayang anak yang sanggup mengatakan bapanya lebih suka hidup merempat dan menyusahkan dia sekeluarga. Bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung dibuang anak sendiri dan ditinggalkan di tepi jalan berhadapan Sek Men Datuk Wan Ahmad, Kangar. Ya Allah, apakah ini ujian yang kau berikan ke atas seorang bapa, Na'uzubillah. Agak pelik bila seorang suami sanggup mengetepikan bapa sendiri dan percaya serta ikutkan kata sang isteri. Setahu aku, ibu bapa mertua adalah sama kasta dan kelasnya seperti ibu dan bapa kandung sendiri. Mahupun bercerai hidup dan bercerai mati, ibu bapa ini akan kekal statusnya sebagai ibu dan bapa sehingga akhir hayat.

Jika redha ibu bapa ditarik dari mengiringi perjalanan kita dan dengan izin Allah, apakah yang akan terjadi. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, Kau jauhkan ia berlaku ke atas kami sekeluarga. Apakah yang cuba dikejarkan sehingga sanggup membuang bapa, siapa agaknya kita tanpa dia?? Kenapa tidak pernah cuba berfikir dan memuhasabah diri sendiri. Pernah tidak terfikir dia yang bertarung nyawa untuk mencari rezeki bagi membesarkan kita..Ya Allah, sedih aku sendiri..

:: Apakah kau rasa nilai kasih sayang boleh dibeli dengan kekayaan yang kau miliki??

:: Apakah kau rasa nilai kasih sayang boleh datang dan pergi, jika diperlukan kau cari, kau dapat kau ambil, bila tidak berguna, kau buang dia jauh-jauh

:: Di mana kekuatan yang kau simpan selama ini untuk menjaga nilai hubungan kasih dan sayang??

:: Di mana kau letakkan nilai kasih dan sayang itu kalau ia benar-benar ada dalam diri??

:: Sanggup kau buang nilai kasih dan sayang kalau benar ia adalah kasih sayang kau??

Kisah Kasih Seorang Penagih

Norma perjalanan hidup ini
pasang surut air di lautan
begitu juga kitar pusingan kehidupan kita
terkadang turun dan naik, terkadang kiri dan kanan
fitrah ketentuan hidup manusia

Ada yang putih ada yang hitam
ada yang menerima ada yang sebaliknya
penagih ketagih
mencari suatu erti dalam kehidupan
mencari sesuatu yang dicari
penagih menagih
mengharap dan menagihkan perhatian
mengharap dan menagihkan pemberian
menagihkan penerimaan

Aku penagih
Aku ketagih
Aku menagih
sebab dan musabab
selayaknya aku sendirian di lorang itu sebagai seorang penagih

Thursday, December 31, 2009

Perjalanan

cerita perjalanan aku
pemegang watak atas pentas lakonan itu
satu demi satu demi satu
aku memulakan langkah menghala tempat yg dituju
dari tangisan bayi, meniarap, aku merangkak, kini aku berjalan
mengexplorasi setiap sudut yang aku tidak tahu kandungan
dari situ aku tahu
perjalanan yang banyak mengajar aku erti kehidupan
pelajaran dan pembelajaran yang aku dapat melalui pengalaman

hadir 2010, meninggalkan aku perjalanan 2009
meninggalkan tak bermakna aku buang
tak bermakna aku lupakan
tidak!!
kerana ia adalah kenangan aku melalui setiap saat dan detik dalam kehidupan
hitam putih, sedih gembira, tangis gelak tertawa, manis masam
macam-macam ada
dalam perjalanan aku

terindah
suatu pertemuan dalam sebuah perhubungan
berkongsi perjalanan kehidupan
melengkapi dan dilengkapi
kadang-kadang aku menerima, kadang-kadang aku memberi
kekuatan yang cuba aku bina, juga aku jaga
bagi memastikan perhubungan kekal hingga ke akhirnya
terindah
indah pada zahirnya, indah pada rohaninya
aku dihargai sebaik-baik manusia
menghargai selagi aku memilikinya
indahnya dia

syukur
aku memanjatkan rasa kesyukuran
di atas pemberian rezeki Tuhan, peluang kehidupan
yang jauh lebih hebat dari aku jangkakan
2009 ~ peluang perjalanan aku ke negara orang
aku bersyukur
perjalanan yang mengajar aku erti terus bersyukur
perjalanan yang mengajar aku erti menghargai
perjalanan yang mengajar aku akan kelebihan perancangan
perjalanan yang mengajar aku erti susah dan senang
perjalanan yang mengajar aku erti pengorbanan
ini cerita perjalanan aku

semoga kehadiran 2010 akan menerus dan memanjangkan segala kenangan indah aku
aku sentiasa mencari intipati perjalanan aku dalam kehidupan
Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hamba-Mu ini dalam
menempuh segala ujian-Mu..Amiin

01 Jan 2010

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan "diri kamu"
ALLAH selamatkan kamu
HapPY BiRtHdaY to you my dear
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
dilimpahkan kebahagiaan berpanjangan dan rahmat yang berkekalan,
diberikan kesihatan yang sempurna
May this 2010 brings happiness to u urself and me
Take care and God Bless you

Saturday, December 19, 2009

MALAYSIA Boleh!!! Boleh!!!

Last Thursday, my parents & i went to my sis's house in Seremban..to avoid traffic jam, we used Elite highway, expected jalan akan sesak sbb orang ramai akan balik bercuti sempena cuti panjang Awal Muharam.."Salam Ma'al Hijrah to Muslimin & Muslimat"..nak dijadikan cerita, on the way to Seremban, berhampiran susur keluar ke Putrajaya, aku terbaca 1 signboard besar MALAYSIA: PUSAT HALAL. dalam diri aku, ada perasaan bercampur baur..bangga + gembira + kelakar + tak masuk akal.. APA yang HALAL?? APA yang kau HALALkan?? KENAPA kau HALALkan?? BAGAIMANA kawalan HALAL?? lu fikirlah sendiri labuuuu