Thursday, April 11, 2013

Cinta, Kasih dan Sayang

Nurkilan ini terhasil selepas aku mengikuti perkembangan terbaru blog Abg Abil, Warkah Buat Isteri ( http://abil4fauziah.blogspot.com/ ). Blog ini memberi sumber inspirasi yang sangat besar kepada aku dan mungkin juga kepada kalian. Terimalah hantaran ikhlas dari hati:

Cinta, Kasih dan Sayang
Suatu anugerah dari Tuhan
Suatu kemanisan untuk dua insan
Hadirnya Cinta memberi sejuta kebahagiaan
Terpahat senyuman
Cinta, Kau penawar tak kala hati duka
Kasih, Kau peneman setia tika ku sendirian
Sayang, Kau sumber kekuatan

Tangan bertaut, hati berpaut
Genggam erat
Kuatkan tali ikatan kasih sayang
Cinta lambang kebahagiaan
Cinta dari Tuhan, untuk Tuhan, demi Tuhan

Cinta, Kasih dan Sayang
Suatu ujian dari Tuhan
Manisnya pahit
Senyumnya tangis
Cinta itu pengorbanan
Kasih dan Sayang itu kekuatan
Meskipun taufan datang melanda
Walau ribut kunjung tiba
Kasih dan sayang tetap utuh, tidak gelora
Nikmatnya Cinta


Friday, November 2, 2012

Will Be Back Soon ... Bali



Dari kiri: Pak Aris, aku dan Hasrul. Pak Aris adalah seorang pemandu pelancong beragama Islam, menjalankan perniagaan peribadi, menyediakan khidmat pengangkutan untuk para pelancong yang datang ke Pulau Bali ini. Ia memudahkan lagi perjalanan kami terutamanya bagi mendapatkan makanan yang halal, apatah lagi majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu tetapi kelihatan seperti beragama Islam dari mata kasar kita. Hasrul adalah salah seorang kawan baik yang saya kenal sejak hari pertama di UKM dan kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di UKM.


Gambar ini diambil di Uluwatu Temple, salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh para pelancong di Bali. Keindahan dan kecantikan alam semulajadi di sini membuat aku rasa jatuh cinta dan tidak jemu memandangnya. Sungguh Besar dan Agung Zat Allah menciptakan alam ini, untuk kita menikmati kesenangannya. Suasana di Uluwatu Tample ini agak meriah dengan kehadiran pelancong-pelancong disambut oleh ratusan kera hutan yang agak nakal dan ganas. Sekiranya datang ke sini, barang-barang peribadi seperti sunglass, minuman dan kamera perlu dijaga dengan baik. Di sini juga tempat berlangsungnya Tarian Kecak.


Tarian Kecak kelihatan seperti upacara keugamaan dan pemujaan api. Walau bagaimanapun aku difahamkan wujud sejarah disebalik Tarian Kecak ini. Hati terasa gundah takkala tarian bermula, matahari mula terbenam menghilangkan diri, merah di kaki langit, hari semakin gelap dan malam mula menjelma. Untuk kefahaman lebih lanjut berkaitan Tarian Kecak boleh lawati laman sesawang ini: http://www.kecakdance.com/story.php  


Seperti Malaysia, setiap negeri mempunyai seni budaya dan warisan yang tersendiri, begitu juga Bali, Indonesia. Gambar di atas menunjukkan persembahan Barongan sedang berlangsung. Maaf sekiranya aku katakan persembahan ini agak membosankan. (peace no war)



Ini adalah tapak kawasan gunung berapi. Ia terletak di Kintamani dan berada pada kedudukan yang tingi. Udara di sini agak sejuk dan nyaman seperti di Cameron Highland, Pahang. Persinggahan aku di sini hanya mengambil masa kurang daripada 2 jam, sekadar memenuhi jadual makan tengahari sambil menghayati keindahan gunung berapi ini.


SubhanAllah, sungguh indah ciptaan-Mu Ya Allah. Sebelum sampai di Pulau Bali, aku pernah nampak pemandangan sebegini di dalam sebuah majalah dan akhirnya aku berjaya melihatnya sendiri dengan pancainderaku. Gambar ini diambil semasa aku dan rakan-rakan melawat ke Tanah Lot. Tempat ini dijadikan sebagai tempat upacara keagamaan bagi masyarakat Hindu di Bali. Aku bertuah kerana pada masa ini sedang berlangsungnya Majlis Kuningan, maka aku dapat menyaksikan majlis tersebut secara live.Pemandangan di sini sangat cantik dan menarik.


Ketika ini persediaan untuk makan malam di Jimbaran. Makan malam di persisiran pantai, menyaksikan matahari terbenam ditemankan deruan pukulan ombak pantai. Sangat teruja. Dari situ juga dapat kelihatan kapal terbang naik dan turun mendarat. Bagi pasangan yang bercinta mahupun pasangan yang berbulan madu, tempat ini sesuai untuk berkongsi kasih dan sayang bagi sessi candle light dinner.  


7-12 Nov 2012 - InsyaAllah sekali lagi aku akan ke tanah Bali. menjejak segala kenangan terindah di sana. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat Pak Aris, aku kongsikan untuk rujukan kalian.

Pak Aris
+62 813 38252220

Saturday, October 20, 2012

Keramat 20102011

4 tahun membenih kasih
4 tahun menyelami jiwa dan cinta
4 tahun mengikat janji setia
4 tahun berkongsi suka dan duka
4 tahun berkongsi kekuatan meskipun kita sering diduga
Namun pengakhirannya adalah perpisahan
Hilang semua benih kasih, benih cinta
Hilang semua janji setia, perkongsian suka duka
Hilang semua kekuatan
Kau dan aku dipisahkan dengan jarak
jauh dari cinta, kasih dan sayang
Kau dan aku dipisahkan sendiri tanpa ada rasa benci
tapi hilangnya rasa cinta

Sekalipun jasad berjauhan
Aku genggam segala kenangan
antara kita, kau dan aku
Meskipun rasa kesakitan
Namun kebaikan kau bawa kebahgiaan

Salam

Saturday, May 21, 2011


Air mata ini adalah air mata hatiku
Air mata kesayuan, kesyahduan dan kepiluan
Air mata kasih dan sayang
Air mata segala kebencian dan kemarahan aku di atas segala kebodohan

Bodoh
kerana terlalu memperjuangkan hak yang sia-sia
Bodoh
kerana terlalu mempertahankan ikatan kita
yang sebenarnya hanya aku
Bodoh
kerana terlalu percaya dari setiap kata-kata
Bodoh
kerana terlalu percaya pada setiap lakonan kepuraan
Bodoh
kerana terlalu terdesak dan mendesak
untuk dicintai dan mencintai
Bodoh
kerana menipu, tak jujur, suka berahsia
dan segala kebodohan

Dahulu kau adalah kanan yang sering menjadi penawar
Kini kau adalah kiri yang lebih menjadi racun

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu
bagi meneruskan kehidupan dan perjuanganMu
aku wajib percaya, segala ketentuan olehMu
adalah sebaik-baiknya untuk diriku

Friday, January 7, 2011

Pembukaan Istana Budaya 2011 - Lagenda Jamal Abdillah

Jumaat, 7 Januari 2011 - Aku dan teman berkesempatan menghadirkan diri ke Konsert Solo Lagenda Pop Malaysia, Jamal Abdillah bertempat di Istana Budaya (IB). Dengan tiket yang berharga Rm 80++,kami ditempatkan pada kedudukan yang agak baik dan pandangan yang jelas (nice view).aku sangat-sangat berterima kasih kepada yang belanja tiket ini and i really appreciate it, haha.I signed out from the office about 7pm, meredah lautan kenderaan di jalan raya, akhirnya kami tiba di IB 25 minit sebelum persembahan bermula, nasib baik sempat.Kelihatan tetamu yang hadir, wahhhh classzz2..ye la, Jamal pun merupakan artis popular di zaman mereka sehingga kini.yes, there was full house.
Antara pemerhatian aku sepanjang majlis berlangsung, pertama adalah berkaitan juru acara majlis (MC) yang agak kelam kabut,i am not sure whether he is IB staff or not. tetapi nak dijadikan cerita ucapan salutasi nya agak berterabur, tergagap-gagap dan tersangkut-sangkut.aku berpandangan, ia perlu diperbaiki memandangkan IB merupakan tempat yang berprestij.Tambahan, penggunaan Bahasa Melayu kedengaran seperti Berbahasa Inggeris,eg: Tuan2 kepada Thuan2, kita kepada Kitha.agak pelik bunyi nya.Persembahan pembukaan oleh penari-penari IB was good,lagu dendangan Jamal ketika ini sebagai lagu pembukaan tidak kedengaran,maksud aku sebutan perkataan oleh Jamal.sama ada muzik iringan (live band) terlalu kuat, microfon bermasalah, arrengment PA system bemasalah atau Jamal sendiri sedang hayal dalam dunia fantasinya.Ini yang aku risaukan, takut2 Jamal tintong semasa membuat persembahan.sorry to say that.it's just my view.
Suara Jamal sememangnya memukau para penonton,aku ternampak seorang kakak ni, siap cross finger dan mendagu sambil duduk kehadapan menunjukkan terpukau dengan suara jantan Jamal Abdillah.Ada beberapa dendangan lagu yang membuatkan aku sendiri meremang bulu roma,seriously.As for me the best songs are Jeritan Batinku ft Dato' Dr Ahmad Nawab (artis jemputan), Seniman Menangis dan Rayuan Maut. These songs membawa aku ke dunia hayalan takkala aku sendiri sedang mengalami konflik diri, bermain dengan perasaan yang gundah gulana.lets them go from my mind.Bagi aku walaupun telah berada almost 30 years dalam dunia seni, Jamal masih belum pandai berkomunikasi dengan para penonton, ceritanya agak mendatar, ucapan penghargaannya kepada para penaja juga agak mendatar berbanding Anuar Zain, coz aku pernah menonton show Anuar Zain last time, juga di IB.hope people understand.Selain itu, persembahan penari iringan juga menarik minat penonton juga memeriahkan suasana pentas.I was impressed when they are dancing salsa..wow, really nice and beautiful.The closing was awful, without giving speech Jamal terus ke belakang pentas dan tirai dilabuhkan.whay are you thinking?it was funny.
Secara keseluruhannya, aku percaya kehadiran para penonton adalah kerana keunikan suara jantan yang dimiliki oleh Jamal and not because of who he is, selain menyokong Jamal dalam dunia seni suara.Persembahan Jamal mungkin lebih baik pada hari berikutnya (improving) dan kita akan lebih seronok dan bahagia apatah lagi datang bersama yang istimewa sementara Jamal mendendangkan lagu tentang cinta dan kehidupan, kita asyik di buai perasaan.Apa pun, selamat maju jaya kepada Jamal Abdillah.

Wednesday, January 5, 2011

Hadir yang Baru Ku Tinggalkan yang Lama

Sekian lama aku meninggalkan laman sesawang ini untuk ia hidup sendirian.Diam, bisu, sepi atau lari dari kenyataan dan realiti?oohh tidak, hanya kerana aku kekurangan masa untuk mengerah idea dan mendapatkan perkataan bagi menyusan kata-kata agar ia cantik dan indah serta menarik untuk dibaca (masalahnya ada ke yang nak follow blog aku) haha.jika diikutkan kemahuan, banyak cerita yang hendak aku kongsikan bersama, seperti aktiviti harian aku, aktiviti hujung minggu, percutian dan sebagainya.but i did not.yeah, it happened and past ready.
Kehadiran 2011 dan pemergian 2010, aku berazam untuk kembali bergiat aktif dalam memblogging seperti kalian which i do love follow their blogs, the entries were interesting and nice to read.here, i would like to share with you guys, antara kenangan terindah aku during 2010.
  • Aku berpeluang menjejak kaki ke bumi Bali, Indonesia (25th - 29th May 2010).Bermula perjalanan dari LCCT, kami telah diduga dgn pelbagai perkara.it was fine, God has something good for us.we enjoyed our holiday.
  • After i have been working for 3 years, finally i was promoted to BG51, i am really happy, ever.but i believe, it just begun and my journey is still far.aku harus lebih berusaha and dont give up easily.
  • Aku juga berpeluang merehatkan diri di Pulau Langkawi.actually it was last minute plan.aktiviti hanya sekadar pusing seluruh pulau, shopping chocolate, perfume.itu sahaja.
  • Antara lain, my team and i successfully organized Family Day in Hot Spring, Sungkai, Perak.Surprisingly, pada malam dinner i was awarded as "Outstanding Co-Worker".Alhamdulillah and thanks to those who have choosen me.

As Heidi said, sometime you are in, sometime you out.Langit juga tidak sentiasa cerah.sepanjang aku membesar dan dibesarkan oleh mak dan ayah, first time ever i have been admited last year, on November.due to high fever dan kepanasannya mencecah 43'c.bila aku cerita pada kawan-kawan, confirm mereka terkejut.perasaan sudah bercampur baur, jantung kencang berdegup laju because aku dibesarkan dengan takut kepada doktor.so, mainan perasaan itu masih kekal dalam diriku (kelakar je bunyi nya).On that moment aku tahu bagaimana rasanya kena cucuk sana sini, nurse nak cucuk punggung untuk kurangkan panas badan, nurse nak cucuk untuk masukkan air, nurse nak cucuk untuk ambil darah.OMG!!i was tested but i was lucky because all the nureses were very kind person.they treated me as vip.well,private hospital.after hospitalized about 1 week, Alhamdulillah i was fully discovered.Actly, the doctor suspected i have migraine beside of back pain.Semoga dipermudahkan urusan ku.

2011, aku menjangkau usia yang lebih dewasa, seharusnya bersikap lebih matang dan sedikit sebanyak mampu untuk berdiri di kaki sendiri.yeah, there in there out, it is process of learning but it does not mean you(me, myself) could condone your mistake and keep repeating that something is wrong.Berserah dan bertawakkal ke atas bantuan Allah sememangnya tidak cukup tanpa aku berusaha untuk merialisasikan matlamat dan azam yang ingin dicapai, antaranya:

  • Simpan duit untuk berbelanja di Aussie nanti.Banyak simpan duit, banyak la boleh shopping kat sana
  • Tambah Aset dan tambah liability (investment) but i have to ensure to reduce my Credit Card expenses
  • Sekiranya dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki yang berlebihan, nak sangat ada own business (hope my dream will come true)
  • Terus mengukuhkan diri dalam dunia kerjaya.Kalau boleh nak promotion lagi, tipu la kalau cakap tak nak.ego!!
  • Perlu menjaga tatasusila dalam perhubungan sesama manusia.in this matter, i think i am weak.i am outspoken person, sekiranya aku mampu luahkan, aku akan lakukan tetapi sekiranya aku tidak mampu luahkan, ia akan parah.yes, i am ordinery person,layman, not perfect man, aku juga tidak lari dari perasaan sayang, cinta, curiga, jelous, marah dan sebagainya, terkadang keadaan ini mengundang tindakan luar kawal aku.Seharusnya aku perlu perbaiki.
  • Sewajibnya, menyenangkan emak dan ayah. I LOVE YOU SO MUCH

Final say, aku mengharapkan perjalanan hidup yang lebih positif pada tahun 2011 ini.Tinggalkan kenangan lama sebagai sebahagian sejarah dalam hidup aku, pastinya ia akan terus kekal di dalam hati dan ingatanku.Ambil yang jernih dan buang yang keruh."Kehidupan Dunia ini adalah Pentas Lakonan Kita"

Salam, with love

Sunday, July 25, 2010

My Destiny

Right, we will not get everything that we want,
but at least i tried to get it.
Yes, it is fated by God..
"Wa ma karu, wa ma karullah"
Allah has something better for us
To be honest, it is all about my career, my future and my life..
I have done my work, my part as good as possible
Yes, you could say that only me myself said that i am good
But i am not,
Then, how about you yourself??
You said that you are good, you still keep saying that..
As a layman, as a young generation
Yes definitely i am looking forward for my career development
I do not know how about the rest
Please do not compare between them and i
Maybe, they had achieved their goals, but i have not
I did not say this current position is not good for me
But i believe that everyone here loves to get something better in future
Hope tommorow is better than today, you either
I planned to take a specialist certificate
It is just for my betterment
As you, i hope to see your encouragement,
your support and your good feedback
But it looks like only my wishes come into my dream
You judged me like i am not loyal person
You judged me like i am a son whose disobey his parent
You judged me like i am a friend whose betray the relationship
You throw me away from where you are
Oh my God, i am sad and i feel bad
That was not my intention
Only for my betterment and development
I am seeking your kind and good consideration
Because this is my destiny