Friday, November 2, 2012

Will Be Back Soon ... Bali



Dari kiri: Pak Aris, aku dan Hasrul. Pak Aris adalah seorang pemandu pelancong beragama Islam, menjalankan perniagaan peribadi, menyediakan khidmat pengangkutan untuk para pelancong yang datang ke Pulau Bali ini. Ia memudahkan lagi perjalanan kami terutamanya bagi mendapatkan makanan yang halal, apatah lagi majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu tetapi kelihatan seperti beragama Islam dari mata kasar kita. Hasrul adalah salah seorang kawan baik yang saya kenal sejak hari pertama di UKM dan kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di UKM.


Gambar ini diambil di Uluwatu Temple, salah satu tempat yang harus dikunjungi oleh para pelancong di Bali. Keindahan dan kecantikan alam semulajadi di sini membuat aku rasa jatuh cinta dan tidak jemu memandangnya. Sungguh Besar dan Agung Zat Allah menciptakan alam ini, untuk kita menikmati kesenangannya. Suasana di Uluwatu Tample ini agak meriah dengan kehadiran pelancong-pelancong disambut oleh ratusan kera hutan yang agak nakal dan ganas. Sekiranya datang ke sini, barang-barang peribadi seperti sunglass, minuman dan kamera perlu dijaga dengan baik. Di sini juga tempat berlangsungnya Tarian Kecak.


Tarian Kecak kelihatan seperti upacara keugamaan dan pemujaan api. Walau bagaimanapun aku difahamkan wujud sejarah disebalik Tarian Kecak ini. Hati terasa gundah takkala tarian bermula, matahari mula terbenam menghilangkan diri, merah di kaki langit, hari semakin gelap dan malam mula menjelma. Untuk kefahaman lebih lanjut berkaitan Tarian Kecak boleh lawati laman sesawang ini: http://www.kecakdance.com/story.php  


Seperti Malaysia, setiap negeri mempunyai seni budaya dan warisan yang tersendiri, begitu juga Bali, Indonesia. Gambar di atas menunjukkan persembahan Barongan sedang berlangsung. Maaf sekiranya aku katakan persembahan ini agak membosankan. (peace no war)



Ini adalah tapak kawasan gunung berapi. Ia terletak di Kintamani dan berada pada kedudukan yang tingi. Udara di sini agak sejuk dan nyaman seperti di Cameron Highland, Pahang. Persinggahan aku di sini hanya mengambil masa kurang daripada 2 jam, sekadar memenuhi jadual makan tengahari sambil menghayati keindahan gunung berapi ini.


SubhanAllah, sungguh indah ciptaan-Mu Ya Allah. Sebelum sampai di Pulau Bali, aku pernah nampak pemandangan sebegini di dalam sebuah majalah dan akhirnya aku berjaya melihatnya sendiri dengan pancainderaku. Gambar ini diambil semasa aku dan rakan-rakan melawat ke Tanah Lot. Tempat ini dijadikan sebagai tempat upacara keagamaan bagi masyarakat Hindu di Bali. Aku bertuah kerana pada masa ini sedang berlangsungnya Majlis Kuningan, maka aku dapat menyaksikan majlis tersebut secara live.Pemandangan di sini sangat cantik dan menarik.


Ketika ini persediaan untuk makan malam di Jimbaran. Makan malam di persisiran pantai, menyaksikan matahari terbenam ditemankan deruan pukulan ombak pantai. Sangat teruja. Dari situ juga dapat kelihatan kapal terbang naik dan turun mendarat. Bagi pasangan yang bercinta mahupun pasangan yang berbulan madu, tempat ini sesuai untuk berkongsi kasih dan sayang bagi sessi candle light dinner.  


7-12 Nov 2012 - InsyaAllah sekali lagi aku akan ke tanah Bali. menjejak segala kenangan terindah di sana. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat Pak Aris, aku kongsikan untuk rujukan kalian.

Pak Aris
+62 813 38252220