Thursday, December 31, 2009

Perjalanan

cerita perjalanan aku
pemegang watak atas pentas lakonan itu
satu demi satu demi satu
aku memulakan langkah menghala tempat yg dituju
dari tangisan bayi, meniarap, aku merangkak, kini aku berjalan
mengexplorasi setiap sudut yang aku tidak tahu kandungan
dari situ aku tahu
perjalanan yang banyak mengajar aku erti kehidupan
pelajaran dan pembelajaran yang aku dapat melalui pengalaman

hadir 2010, meninggalkan aku perjalanan 2009
meninggalkan tak bermakna aku buang
tak bermakna aku lupakan
tidak!!
kerana ia adalah kenangan aku melalui setiap saat dan detik dalam kehidupan
hitam putih, sedih gembira, tangis gelak tertawa, manis masam
macam-macam ada
dalam perjalanan aku

terindah
suatu pertemuan dalam sebuah perhubungan
berkongsi perjalanan kehidupan
melengkapi dan dilengkapi
kadang-kadang aku menerima, kadang-kadang aku memberi
kekuatan yang cuba aku bina, juga aku jaga
bagi memastikan perhubungan kekal hingga ke akhirnya
terindah
indah pada zahirnya, indah pada rohaninya
aku dihargai sebaik-baik manusia
menghargai selagi aku memilikinya
indahnya dia

syukur
aku memanjatkan rasa kesyukuran
di atas pemberian rezeki Tuhan, peluang kehidupan
yang jauh lebih hebat dari aku jangkakan
2009 ~ peluang perjalanan aku ke negara orang
aku bersyukur
perjalanan yang mengajar aku erti terus bersyukur
perjalanan yang mengajar aku erti menghargai
perjalanan yang mengajar aku akan kelebihan perancangan
perjalanan yang mengajar aku erti susah dan senang
perjalanan yang mengajar aku erti pengorbanan
ini cerita perjalanan aku

semoga kehadiran 2010 akan menerus dan memanjangkan segala kenangan indah aku
aku sentiasa mencari intipati perjalanan aku dalam kehidupan
Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hamba-Mu ini dalam
menempuh segala ujian-Mu..Amiin

01 Jan 2010

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan "diri kamu"
ALLAH selamatkan kamu
HapPY BiRtHdaY to you my dear
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
dilimpahkan kebahagiaan berpanjangan dan rahmat yang berkekalan,
diberikan kesihatan yang sempurna
May this 2010 brings happiness to u urself and me
Take care and God Bless you

Saturday, December 19, 2009

MALAYSIA Boleh!!! Boleh!!!

Last Thursday, my parents & i went to my sis's house in Seremban..to avoid traffic jam, we used Elite highway, expected jalan akan sesak sbb orang ramai akan balik bercuti sempena cuti panjang Awal Muharam.."Salam Ma'al Hijrah to Muslimin & Muslimat"..nak dijadikan cerita, on the way to Seremban, berhampiran susur keluar ke Putrajaya, aku terbaca 1 signboard besar MALAYSIA: PUSAT HALAL. dalam diri aku, ada perasaan bercampur baur..bangga + gembira + kelakar + tak masuk akal.. APA yang HALAL?? APA yang kau HALALkan?? KENAPA kau HALALkan?? BAGAIMANA kawalan HALAL?? lu fikirlah sendiri labuuuu