Sunday, June 28, 2009

semoga ALLAH memberkatimu, AYAH..muuahh


21 Jun, adalah tarikh keramat bagi golongan kaum Adam yang bergelar BAPA..sama seperti sambutan hari ibu, bagi aku secara peribadi setiap hari, 365 hari dalam setahun adalah hari-hari untuk mereka, yang mana saya dan kita perlu mendahului mereka lebih dari segalanya, even kerjaya..tiada siapa yang dapat gantikan tempat ayah dan emak dalam diri aku..cuma pada tarikh ini, ia diambil sebagai ulang tahun penghargaan untuk diri mereka..SELAMAT HARI BAPA, my beloved dad, Adanan bin Malik..serba sedikit tentang ayah, seorang perantau muda dulunya, belajar hidup berdikari pada usia yang sangat muda, berhijrah dari Perak turun ke Selangor..mengikut tunjuk ajar dari pak cik2 nya, ayah memulakan kerjaya..hidup di laut, hidup di sungai, hidup di darat sudah menjadi lumrah pusing ganti kehidupan untuk dirinya..aku percaya dan yakin ayah mempunyai wawasan yang cukup tinggi untuk masa depan dirinya..dari satu kerjaya ke satu kerjaya ayah mencuba nasib, mencari rezeki yang terbaik. antara pekerjaan ayah adalah membaiki kapal, membaiki railway station, pelabuhan (hidup dengan kontena), pemandu lori dan kerjaya terakhir ayah bersama emak adalah usahawan, berniaga..semua ini adalah rezeki yang Allah bagi kepada hambanya..


Sebab itu, sejak kecil ayah dan emak mengajar kami adik beradik erti kesusahan..supaya kita tak lupa diri bila mencapai kesenangan..aku tidak bohong, hidup kami sekeluarga dulu memang jauh berbeza dengan sekarang..kadang-kadang ayah menjadi marah bila anak-anak meminta unnecessary things seperti mainan dan barang2 yang terlalu mahal..sebab keadaan masa itu yang tidak mengizinkan. ayah dulunya sangat garang, tidak seorang daripada kami adik beradik terlepas daripada "belaian kasih sayang ayah" dengan rotan, getah paip dan pokok kerengga..bunyinya amat memedihkan tapi sekarang aku yakin, dengan kasih sayang inilah hasilnya akak menjadi seorang guru sek men, abang berjaya dalam urusan perniagaannya, kak ana berjaya dalam bidang usahawan dan dalam masa yag sama bekerja di sektor kerajaan menguruskan akaun, dan aku bekerjaya dalam industri perbankan..Terima kasih yang tidak terhingga untuk mak dan ayah dalam mendidik anak2mu sehingga berjaya. Sekarang emak dan ayah adalah tempat cucu-cucu mendapat kasih sayang, cucu-cucu yang sgt manja dengan opah dan atok


Ada perkara yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran aku..kata sipulan raut wajah ayah nampak tua berbanding usianya, dibandingkan dengan diri sipulan ni, yang kerja ofis, duduk depan PC, mengomel sana sini..aku berang kerana raut wajah ayah menjadi isu dan penilaian..aku hanya menjawab "dulu ayah saya bekerja buruh kasar, xmacam awak duduk dalam ofis..tp sekarang saya percaya kalau mntak angkat air 15 liter, ayah saya lebih mampu berbanding diri awak!!" secara sinis aku jelaskan pada diri sipulan..apa yang penting dalam hidup aku , ayah adalah HERO untuk kami ber4 adik beradik..apa yang perlu aku lihat adalah perubahan hidup yang telah ayah lalui dari dulu aku kecil sampai sekarang aku berumur 24 tahun..semua ini adalah kejayaan ayah dan emak untuk mengharumkan nama keluarga, mendidik anak2 menjadi insan yang cukup bermakna untuk keluarga..


Sambutan hari bapa kali ini, aku bawa mak dan ayah makan kat Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang..seronok dan bahagia aku ngok mak dan ayah makan, sampai kenyang..malam tu aku hidangkan ikan siakap tiga rasa, tomyam ayam, sotong goreng, air buah dan lain-lain..Ayah dan Emak, adik mewakili akak, abang dan kak ana memohon ampun dan maaf sekiranya kami pernah mengguris hati emak dan ayah, kami mohon dihalalkan segala curahan kasih dan sayang, makan dan minum selamanya..mohon restu dan doa emak dan ayah untuk perjalanan hidup anak-anakmu ini..semoga ALLAH memberkati dan merahmati perjalanan hidup emak ayah dunia dan akhirat.amiin..I LOVE YOU SO MUCH

Wednesday, June 17, 2009

haPPy biRtHdaY - 13 June



ALLAH selamatkan KAMU
ALLAH selamatkan KAMU
ALLAH selamatkan NAJIHAH
ALLAH selamatkan KAMU
haPPy BirtHdaY to YoU
HaPPy BirTHdaY to YoU
HaPPy BirTHday to NAJIHAH
HappY BirtHdaY tO YoU

Thursday, June 11, 2009

Lawan dan Kawan

aku rasa ko dan aku baik..kita boleh berkongsi cerita apa saja, xla sampai hal2 dalaman dan rumah tangga ko..kita boleh berkongsi segala cerita berkaitan isu semasa, hiburan, keluarga, dan sekeliling kita..kita boleh kongsi gelak dan tertawa..kita boleh kongsi gosip dan rahsia..
DULU....aku akan cerita tntg rancangan aku yang pelbagai dan yang tlh dirancang rapi..tak kisah pon berkongsi cerita dan pengalaman..TAPI aku tak sangka, masa aku berhajat utk melakukan sesuatu, dan ko pon tau..lalu ko mengambil tindakan utk blocking rancangan aku..aku mmg terkejot..terkejot berok!!tapi aku tak kisah..ini adalah pengalaman yang mengajar aku tentang kehidupan..walaupon pahit utk aku terima keadaan tu pada masa tersebut..segalanya berlalu begitu sahaja..namun ia kekal di dalam ingatan aku
SEKARANG...jiran baik ko cuba berburuk sangka dengan tindakan ko beberapa hari lalu..ko tak suka..kalo aku pon, aku tak suka..tapi mulut manusia sape boleh tutup??!!seperti biasa aku menjadi pendengar setia ko..ko tak puas hati dan sedikit emosi..sikit ke?!haha..gerak mulut dan nafas ko, aku tau ko terlalu marah..aku terus mendengar..aku yang lagaknya baik (wah, masuk bakul angkat sendiri) beri la pandangan dan nasihat.."perkara camtu boleh diabaikan begitu sahaja, ko pon tau kawan ko tu suka cerita pasal orang lain tak tentu pasal and bla bla bla" setelah berpuas hati dengan pandangan aku, ko pon kelihatan semakin tenang dan cool..ko ucap terima kasih kat aku..sama-sama..yang paling aku ingat ko cakap sekuat hati AKU LA KAWAN KO..
aku ucap terima kasih kat ko sebab menerima aku sebagai seorang kawan..walaupon dulu ko pernah menikam aku drpd belakang..pesanan utk diri aku: manusia mmg cepat lupa dan leka dengan kehidupan dunia..berhati-hati dalam berbuat baik sesama manusia..ini adalah pentas lakonan kita..aku perlu berterima kasih kepada pengalaman yang banyak memberi aku tunjuk ajar dalam menjalani kehidupan seharian..

Monday, June 8, 2009

Kawen...Kawen...Kawen...


Musim cuti sekolah sedang berlangsung..seminggu telah berlalu..masa ini lah yang dinanti2 oleh budak sekolah termasuk diri aku (pada zaman dulu) dan kengkawan aku yang kini bergelar guru..hehehe..pada musim cuti sekolah ini juga banyak keluarga mengambil kesempatan utk membawa anak pinak bercuti, katanya ini je masa yang boleh diluang bersama keluarga..masa ni jugak aku akan jadi sesak nafas sebab tak dapat cuti, alasannya aku ada anak ke?ada family ke?aku ada jawapan aku sendiri..it's ok, my career juz begun..beside gain the knowledge about my work & my job, aku akan belajar segala pengalaman di tempat kerja..pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan..ok, just leave it..

Pada musim ni juga,mereka yang nak mendirikan rumah tangga mengambil peluang memilih tarik perkahwinan..alasannya supaya saudara mara yang jauh dapat turut serta meraikan hari yang penuh bermakna..aku setuju!!sebab before this adik beradik aku semua pilih tarikh pada musim cuti sekolah..semua dah selesai and coming soon, my turn..kah kah kah..tunggu je la korang..so, i just wanna share my story, cuti sekolah kali ni je aku dah terima hampir 8 jemputan..mmg meriah dapat makan nasi minyak kawan-kawan aku kan..temasuk la kawan sek men dulu, ofismate, ahli kelurga member2 aku..loteh nak bawa perut ni..hehe..macam biasa adat orang melayu, "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA"..so, faham-faham la bila nak balik & salam parents kawan kita tue..

Kepada kengkawan yang ingin dah telah mendirikan rumah tangga pada musim ni, aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kesempurnaan kehidupan korang..jaga pasangan hidup korang sebaik mungkin..perkahwinan itu suatu yang sangat suci dan jangan lah korang merosakkan kesucian tersebut..semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat..mendapat limpahan rezeki , kebahagiaan yang sempurna..May God bless all of you ;o)

Tuesday, June 2, 2009

MaK YoNG "TiTi$ SaKTi"

starting from today till 7 June 2009, akan berlangsung teater musikal MAK YONG "TITIS SAKTI" di KLPac (Kuala Lumpur Performance Art Centre). InsyaAllah, jika tiada halangan, aku adalah antara yang turut hadir bagi menyaksikan teater ini..hadir bukan sebagai VIP atau VVIP tapi sebagai peminat dunia seni teater..before this i watched PGL2, teater Ibu Zain, Mahsuri, Sirah Junjungan, Mimpi, dan lain-lain..terlalu banyak perbezaan rasa hati dan perasaan bila dibandingkan antara menonton teater dan wayang..trust me, korang akan berasa puas + seronok bila menonton teater because it's live!! to all my friends, jangan ketinggalan untuk menyaksikan teater MAK YONG " TITIS SAKTI"..



MAK YONG "TITIS SAKTI" is uniquely Malaysian traditional form of dance drama.Inspired by Shakespeare’s A Midsummer Night’s Dream, snippets of the love stories have been adapted for Mak Yong.It's basically a light-hearted romance comedy. Three couples faced with three different predicaments. And because supernatural powers & fairy tales exist in a Mak Yong performance, the magical Bunga Sakti comes into play & this sets of a series of unpredictable events.
aku penCiNTA senI